web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takiyuddin Positif COVID-19, Tidak Hadir Parlimen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 12:40PM

Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), susulan ketidakhadiran beliau di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Takiyuddin sepatutnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kemaman (PAS), Alias Hamid berkenaan usaha yang dilakukan kerajaan bagi memastikan spesies ikonik negara, Harimau Malaya tidak pupus.

Namun Wan Junaidi mewakili Takiyuddin untuk menjawab pertanyaan tersebut.

“Minta maaf Datuk Yang Dipertua, saya mewakili menteri oleh kerana menteri masih terkena penyakit COVID-19.

“Saya dimaklumkan bahawa saya mengambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting pada pagi ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai (PKR) Fahmi Fadzil turut berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan di Twitter.

“YB Santubong (Wan Junaidi) memaklumkan Dewan bahawa YB Kota Bharu (Takiyuddin) kurang sihat, dijangkiti COVID-19.

“Semoga cepat sembuh, YB,” katanya. - Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar