web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 3 Peratus Rakyat Malaysia Mampu Tampung Persaraan - KWSP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 7:17AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluaran berkaitan dengan COVID-19 sejak dua tahun lepas telah memberi impak besar kepada simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan hanya tiga peratus pencarum mampu menampung kehidupan selepas bersara.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata ramai ahli berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP yang amat rendah susulan pengeluaran berkaitan COVID, iaitu i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

“Walaupun dengan pandemik COVID-19, 80 peratus lelaki Malaysia dan 90 peratus wanita Malaysia akan mencapai umur 60 tahun, manakala satu daripada tiga lelaki dan dua daripada tiga wanita akan mencapai umur 80 tahun.

“Kini, kami menganggarkan hanya tiga peratus rakyat Malaysia yang mampu untuk bersara,” katanya pada webinar Siri Penceramah Persatuan Alumni Felow Perdana hari ini.

Beliau merupakan antara ahli panel dalam webinar yang mengupas tajuk ‘Penjagaan Kesihatan dalam Tumpuan’ itu.

Dalam pembentangannya, Nurhisham berkata menjelang akhir tahun ini, 54 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun akan mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun simpanan mereka.

Majoriti mereka yang mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP apabila mencecah umur 55 tahun akan menggunakannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun, katanya.

Namun, beliau mengakui pengeluaran-pengeluaran itu adalah dibenarkan disebabkan keadaan yang luar biasa.

“Kami amat bersimpati dengan nasib ahli kami dan berharap (pengeluaran) itu telah mencapai tujuan yang dimaksudkan untuk membantu mereka dari segi kewangan.

“(Melangkah ke hadapan,) pembukaan semula ekonomi dan langkah-langkah yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi ahli kami,” katanya.

Mengulas mengenai kesan sekiranya satu lagi pusingan pengeluaran dibenarkan, Nurhisham berkata bagi yang telah membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP, mereka perlu bekerja untuk tambahan empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata mereka tidak akan mempunyai simpanan yang cukup untuk bersara memandangkan had umur persaraan dijangka tidak dinaikkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad