web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin: Kerajaan Perlu Laksana Strategi Mobilisasi Komuniti

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 8:00AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin pada 24 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu melaksanakan strategi mobilisasi komuniti supaya seluruh rakyat, sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar, mengetahui maklumat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kepentingan mengambil vaksin.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin berkata dengan penyebaran maklumat yang semakin meluas, strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

“Jurang kepercayaan (mengenai vaksin) memang agak melebar terhadap kerajaan dan juga agensi kerajaan. Keyakinan itu tergugat dalam kalangan komuniti. Kita pun berbincang dengan kerajaan, mereka perlu lakukan mobilasi komuniti.

“Kita harap kerajaan, selain menggunakan agensi kerajaan yang sedia ada, menggunakan juga badan bukan kerajaan dan entiti swasta supaya capaian maklumat itu lebih cepat kerana dengan adanya entiti swasta ini, kita dapat tingkatkan capaian sehingga dua kali ganda,” katanya.  

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Kerajaan Prihatin Rakyat Terbela’ hari ini.

Dr Zainal berkata memandangkan Malaysia telah dan sedang memperoleh vaksin, kerajaan perlu meneliti semula prosedur operasi standard bagi memberi sedikit kelonggaran berhubung sekatan sedia ada sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, mengambil contoh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pakar geostrategi Profesor Dr Azmi Hassan berpendapat Ahli Parlimen, tidak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, perlu memberi sokongan terhadap usaha tersebut.  

Beliau berkata ini bukan masanya untuk berpolitik kerana isu kesihatan rakyat dan situasi ekonomi negara harus diutamakan.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memerlukan perhatian seratus peratus. MP (Ahli Parlimen) perlu sokong (program itu) untuk memberi kebaikan kepada negara.

“Jadi, berilah sokongan kepada PM, tak kira dari parti mana … yang penting, beliau (Muhyiddin) mentadbir urus tanpa gangguan (politik),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran