web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Minyak Percuma Inisiatif YAS, PPIM Bantu Rakyat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 12:51PM

Afdlin Shauki (tengah) dan Nadzim Johan membantu penunggang motosikal mengisi minyak menerusi Program Minyak Petrol Percuma di Petronas Jalan Jelatek, semalam. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wabak COVID-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu mengakibatkan segenap lapisan masyarakat merasai tempiasnya.

Walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibuka selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai lagi yang tertekan akibat kehilangan pendapatan kesan pandemik COVID-19.

Menyedari beban ditanggung rakyat, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan Program Minyak Petrol Percuma bertempat di Petronas Jalan Jelatek, semalam.

Afdlin Shauki Aksan
Afdlin Shauki Aksan

Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, program itu merupakan inisiatif amat bermakna kepada rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Menurut beliau, pihaknya amat memahami kesan pandemik itu ke atas orang ramai khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebelum ini, kita telah melaksanakan banyak program memberi makanan dan bantuan untuk mereka yang tidak boleh keluar daripada rumah sebelum ini disebabkan sekatan pergerakan.

“Jadi, bila kelonggaran diberikan dan orang ramai sudah mula keluar rumah, kita mengambil pendekatan mengadakan program ini untuk membantu dan meringankan beban mereka yang keluar untuk mencari rezeki,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini, semalam.

Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak.
Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak.

Menerusi program itu, Afdlin mengesahkan pihaknya telah memperuntukkan isian minyak penuh secara percuma untuk 300 motosikal tanpa mengira kapasiti enjin.

Jelasnya, kerjasama dengan PPIM ini juga banyak membantu meringankan golongan yang berdepan dengan kekangan kewangan.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM3,000 dan jumlah itu merupakan dana yang telah kita terima daripada orang awam.

“Stesen minyak adalah tempat terbaik bagi kami mengadakan program tersebut selepas orang ramai telah dibenarkan keluar. Oleh kerana itu, kita laksanakan program tersebut di sini,” katanya.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Afdlin turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang sudi turun padang, sekali gus bekerjasama dalam membantu komuniti memerlukan.

“Kita sangat berterima kasih kepada PPIM kerana bersama-sama menjalankan program ini dan mereka juga sentiasa memberi sokongan, malah melahirkan keinginan untuk terus bekerjasama dengan YAS.

“Terima kasih juga kepada Toqqi (Nadzim) kerana turut hadir ke program tersebut. Toqqi memang seorang yang hebat. Dalam keadaan hujan pun dia sanggup bersama memeriahkan program itu semalam,” katanya. – Getaran, 20 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Program Korea Terhebat Terbaharu Di Astro Oktober Ini

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran