web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peralihan Fasa 4, Orang Ramai Lepas ‘Gian’ Lepak Pusat Beli Belah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 4:23PM

Ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak-kanak beriadah di IOI City Mall sempena cuti umum hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah di ibu negara menjadi tumpuan orang ramai meluangkan masa cuti umum sempena Maulidur Rasul bersama ahli keluarga.

Tinjauan Getaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapati, mereka ternyata melepaskan ‘gian’ meluangkan masa bersama keluarga dan beriadah di premis perniagaan itu berbanding di kawasan rekreasi serta tarikan lain.

Kelihatan orang ramai bermain luncur ais di IOI City Mall Putrajaya hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Kelihatan orang ramai bermain luncur ais di IOI City Mall Putrajaya hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Pengunjung dilihat mula membanjiri kawasan pusat membeli belah selepas jam 11 pagi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk mendaftar masuk ke premis dan penjarakan fizikal.

Pembantu tadbir, Muhamizah Mukhtar, 46, berkata, waktu cuti adalah peluang terbaik buat dirinya melakukan aktiviti bersama keluarga yang selama ini sangat terhad, disebabkan pelaksanaan peraturan ketat oleh kerajaan.

Muhamizah Mukhtar
Muhamizah Mukhtar

“Memang sangat lega bila sudah banyak sektor dibuka dan dengan kelonggaran di Fasa 4 PPN, saya dapat melepaskan rindu untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak di luar.

“Kesian tengok anak-anak sebab sudah bosan duduk sahaja di rumah dan tidak boleh ke mana-mana sebelum ini. Jadi, bila hari ini cuti, saya ambil peluang untuk bawa mereka bermain luncur ais,” katanya ketika ditemui wartawan Getaran, hari ini.

Kelihatan sekumpulan anak muda berborak sesama sendiri ketika bermain boling di IOI City Mall. - Gambar oleh Azim Rahman
Kelihatan sekumpulan anak muda berborak sesama sendiri ketika bermain boling di IOI City Mall. - Gambar oleh Azim Rahman

Dalam pada itu, pekerja penghantar barangan, Mohamad Fikri Amros, 28 , dilihat berpuas hati dengan penjarakan fizikal dilakukan semua pengunjung berdasarkan pemerhatiannya sepanjang berada di pusat beli-belah itu.

Mohamad Fikri Amros
Mohamad Fikri Amros

Bagaimanapun, beliau yang mempunyai dua cahaya mata berusia setahun dan empat tahun menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak alpa dengan hakikat wabak Covid-19 masih berleluasa sehingga ke hari ini.

Orang ramai mengunjungi IOI City Mall di Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Orang ramai mengunjungi IOI City Mall di Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman

“Kelonggaran di Fasa Empat PPN oleh kerajaan sangat menyenangkan dan memudahkan kita, termasuk saya sendiri kerana boleh membawa isteri dan anak-anak keluar makan serta melakukan aktiviti riadah yang sebelum ini tidak dibenarkan.

“Namun, saya berharap agar orang ramai terus mematuhi SOP ditetapkan khususnya buat mereka, kerana ada anak-anak kecil yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19. Kita tidak mahu disebabkan kelalaian, kes meningkat semula dan apa yang membimbangkan saya, wabak itu akan menjangkiti kanak-kanak disebabkan tindakan kita,” katanya.

Seorang wanita mencuba aktiviti ‘wall climbing’ di IOI City Mall Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang wanita mencuba aktiviti ‘wall climbing’ di IOI City Mall Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman

Pematuhan SOP ditetapkan kerajaan dalam kalangan pengunjung itu turut diakui peniaga bisnes online, Muhammad Arish Azarul, 18, yang mengambil kesempatan membeli belah serta menonton wayang di premis berkenaan.

Muhammad Arish Azarul
Muhammad Arish Azarul

Jelasnya, ini perlu dilakukan bagi memastikan tiada lagi sektor ekonomi ditutup semula disebabkan oleh kealpaan rakyat Malaysia kerana tidak mematuhi SOP.

Warga dewasa menemani kanak-kanak bermain luncur ais di IOI City Mall hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Warga dewasa menemani kanak-kanak bermain luncur ais di IOI City Mall hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

“Saya risau jika kita sendiri tiada tindakan kendiri untuk menjaga SOP dengan sebaiknya, akan ada lagi sektor ekonomi yang ditutup dan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.

“Saya harap peluang untuk saya melepak, menonton wayang bersama rakan-rakan akan berkekalan kerana ia bermakna rakyat Malaysia sudah matang dan bersedia ke fasa endemik,” katanya.

Seorang pengunjung IOI City Mall melakukan aktiviti 'flying fox'. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang pengunjung IOI City Mall melakukan aktiviti 'flying fox'. - Gambar oleh Azim Rahman

Sementara itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta, Ahmad Haielnieyaz Iezz Ahmad Faizal, 18, berkata, walaupun teruja dengan kelonggaran diberikan kerajaan, namun dia sentiasa meletakkan SOP sebagai keutamaan.

Orang ramai bermain bowling di IOI City Mall hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Orang ramai bermain bowling di IOI City Mall hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

“Apabila semalam Selangor, Kuala Lumpur dah ke Fasa 4, ditambah pula dengan cuti Maulidur Rasul, saya terus teruja dan ajak kawan-kawan untuk menonton wayang.

“Saya rasa kali terakhir menonton wayang ialah pada tahun lepas. Jadi, saya amat teruja untuk kembali menonton kali ini bersama kawan-kawan, setelah terpisah disebabkan PKP. Sebelum ini kalau tiada kelas dalam talian di rumah, saya akan membantu ayah berniaga. Itu sahaja rutin harian saya di rumah,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad