web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rentas Daerah Lepaskan Kerinduan, Ziarahi Pusara Orang Tersayang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 8:37PM

Penularan wabak COVID-19 sejak Mac 2020 menyebabkan aktiviti menziarahi pusara tidak lagi dapat dilakukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pembukaan semula pintu sempadan daerah ternyata dimanfaatkan sepenuhnya penduduk setempat, bukan sahaja untuk pulang ke kampung atau bercuti, tetapi turut melawat insan tersayang yang telah pergi buat selamanya.

Bagi sebahagian penduduk, inilah waktu yang paling dinanti bagi mengubat rindu, selain memastikan ‘kediaman’ insan yang disayangi itu sentiasa bersih dan selesa.

Penularan wabak COVID-19 sejak Mac 2020 itu menyebabkan aktiviti menziarahi pusara tidak lagi dapat dilakukan, termasuk pada musim perayaan Aidilfitri atau Aidiladha.

Meskipun ada kelonggaran yang diberikan, namun tidak semua berkesempatan pulang dapat ekoran pelaksanaan sekatan merentas negeri dan daerah.

Bagi Sitti Zubaedah Md Kassim, 41, kali akhir dia menziarahi kubur ibu dan ayahnya adalah pada Mac tahun lalu, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia yang berkhidmat di Lahad Datu mengambil peluang ini untuk kembali ke daerah Tawau bersama abangnya yang sebelum ini terkandas di Selangor bagi menziarahi pusara kedua orang tua.

Sitti Zubaedah Md Kassim yang berkhidmat di Lahad Datu mengambil peluang ini untuk kembali ke daerah Tawau bersama abangnya untuk menziarahi kubur ibu dan ayah mereka.
Sitti Zubaedah Md Kassim yang berkhidmat di Lahad Datu mengambil peluang ini untuk kembali ke daerah Tawau bersama abangnya untuk menziarahi kubur ibu dan ayah mereka.

“Perasaan saya bercampur baur, saya sedih tapi dalam masa yang sama gembira kerana dapat melawat ibu dan bapa meskipun dalam suasana yang berbeza,” jelasnya.

Sementara itu, penjaga tanah perkuburan di sini mengakui bilangan pengunjung bertambah sejak dua hari ini.

Dia yang enggan dikenali berkata, pengunjung dilihat meluangkan masa membaca ayat suci selain membersihkan kawasan perkuburan yang mula ditumbuhi semak samun.

Katanya, sebelum pelaksanaan PKP, tugas menjaga kebersihan dilakukan beliau sendiri sebaik yang mungkin.

“Saya gembira melihat mereka dapat mengubati kerinduan kepada insan yang sudah pergi, namun pada masa pengunjung turut diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya tidak berlaku penularan kes, sekali gus menyebabkan kawasan ini ditutup,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Ziarah Kubur, Rumah Sempena Aidilfitri Dibenar Selepas 2 Tahun

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Nilai Risiko Semasa Sebelum Buka Pintu Sempadan Negara

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Tabika, Taska, Pusat Jagaan Harian Dibenarkan Beroperasi Di Negeri Fasa 1, 2 PPN - PM

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Rentas Negeri, Daerah Untuk Aidiladha Tidak Dibenarkan - TPM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar