web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesej Palsu JKM Tular, Orang Ramai Diminta Berwaspada

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 9:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenal pasti sebuah mesej yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, mendakwa warga emas layak menerima Bantuan Kebajikan Warga Emas JKM sebanyak RM500.

Pegawai Perhubungan Awam JKM ketika dihubungi Getaran berkata, mesej yang tular itu dan kandungannya adalah palsu serta sama sekali tidak berkaitan dengan agensi berkenaan.

“Mesej berkenaan juga mempunyai pautan ke laman sesawang palsu JKM, yang meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif berkenaan,” katanya.

Pegawai terbabit berkata, JKM percaya ia adalah satu cubaan untuk mendapatkan data peribadi pengguna, bagi tujuan berunsurkan jenayah.

“Orang ramai digesa supaya tidak menjawab sebarang kaji selidik atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan.

“Mereka juga diminta supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut,” katanya.

Semua maklumat rasmi berhubung produk dan perkhidmatan JKM jelas beliau, hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi JKM di pautan www.jkm.gov.my.

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan kebajikan  juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Pengurusan JKM, menggunakan talian 03-8000 8000.

Sejak beberapa hari lalu, satu hantaran mengenai Bantuan Kebajikan Warga Emas berjumlah RM500 tular di media sosial, termasuk WhatsApp dan ia disahkan palsu oleh pihak berkaitan.

Jabatan berkenaan turut menerima aduan berhubung perkara terbabit dan hasil semakan mendapati, ia sengaja diwujudkan bagi memperoleh data peribadi orang ramai, dipercayai untuk digunakan dalam perkara berunsur jenayah.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat bagi membolehkan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya. – Getaran, 27 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad