web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandemik COVID-19 Lakukan Jualan Pasar Tani

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 5:40PM

Gambar dari Facebook Pasar Tani Datin Halimah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU : Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Januari tahun lalu mengubah landskap negara sepenuhnya, apabila kehidupan kini berpaksikan kepada norma baharu.

Ia mencakupi setiap ruang lingkup, termasuk urusan berjual beli di pasar atau kedai, dengan sebahagian besar terpaksa beralih kepada kaedah dalam talian, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika kebiasaannya urusan jual beli di pasar tani berlangsung secara bersemuka, senario itu semakin jarang berlaku.

Meskipun kadang kala menerima kelonggaran, sesi berjual beli terbabit tidak lagi serancak dulu, menyebabkan pendapatan perniaga berkurangan dengan mendadak.

Awi @ Sapawi Johari
Awi @ Sapawi Johari

Pengerusi Peserta Pasar Tani Mega Negeri Johor, Awi @ Sapawi Johari bagaimanapun berkata, pasaran bagi produk berasaskan pertanian dan penternakan tidak pernah mengalami masalah, berikutan peningkatan terhadap permintaan ketika pandemik.

Menurut beliau, larangan mengadakan urus niaga secara bersemuka bukan satu masalah dan peniaga tidak lagi boleh menjadikan kaedah itu sebagai medium utama dalam menggerakkan operasi perniagaan pasar tani.

"Dalam perniagaan ini kita perlu kreatif. Tidak boleh guna cara ini, kita guna cara lain. Kena fikir cara yang sesuai untuk pasarkan hasil jualan kita," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, konsep skuad yang bertindak seperti pembeli peribadi atau penghantar barang juga diwujudkan di semua pasar tani bagi membantu peniaga menjual barangan mereka.

"Ya, pada awalnya kita memang menerima banyak aduan dan keluh kesah peniaga kerana mereka tidak dapat berniaga sejak tahun lepas. Tetapi, kita nak buat macam mana, kita perlu akur dengan arahan kerajaan.

"Pihak kami ada memohon keizinan kerajaan negeri bagi memasarkan barangan menggunakan cara lain, dan sesekali ada juga menerima kelonggaran itu," katanya.

Awi menarik perhatian, kehadiran pandemic COVID-19 memberikan rahmat apabila perniagaan yang difikirkan mungkin terjejas berlaku sebaliknya, dengan hasil tanaman ‘laku keras’ susulan permintaan tinggi masyarakat setempat.

"Musim covid, terjejas memang terjejas, sebab pelanggan kurang, jadi kita takut hasil-hasil tanaman terbuang. Tetapi, rupanya hasil tanaman bukan tidak terbuang, malah tidak cukup kerana permintaan tinggi.

 "Oleh itu, kita berjaya membantu peniaga mendapatkan pelanggan secara atas talian selain skuad yang akan bantu menghantar hasil jualan kepada pelanggan," katanya.

Awi berkata, peniaga pasar tani kini mampu menarik nafas lega kerana sudah boleh beroperasi seperti biasa.

"Alhamdulillah, sekarang pasar tani dah buka, orang pun dah ramai yang datang membeli secara bersemuka, tetapi prosedur operasi standard (SOP) masih kita jaga dan kawal.

"Jika dulu, pelanggan kita terdiri daripada ramai warga Singapura, tetapi kita terima situasi sekarang apabila hanya warga tempatan sahaja yang datang membeli, tidak mengapa," katanya. – Getaran, 26 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Premis Kerajaan Di JB Terima E-mel Ancaman Bom - Polis

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 23 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad