web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesara Kerajaan Ditemukan Lemas Di Pantai Batu 4, Port Dickson

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:50AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Mayat seorang persara kerajaan yang lemas selepas mandi di laut ditemukan di tepi pantai Batu 4 1/2, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59 tahun.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan seorang penginap resort berdekatan dalam keadaan terdampar di tepi pantai itu pada pukul 6.30 petang.

“Menurut keluarga mangsa, sebelum kejadian lelaki berkenaan telah keluar dari rumah pada pukul 6 petang dengan menunggang motosikal seorang diri untuk mandi di laut kerana badan mangsa berasa gatal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Port Dickson dan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima aduan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai telah lemas seorang diri setelah mandi di pantai tersebut.

Laporan bedah siasat Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian disebabkan ‘Fatal Drowning’. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad