Berita Terkini

8 jam yang lalu: COVID: Hanya 1.5 peratus daripada 6,630 kes baharu kategori 3, 4 dan 5 8 jam yang lalu: Presiden, pengarah dan ketua pegawai eksekutif CIMB Niaga letak jawatan 8 jam yang lalu: TUDM adakan FTX Eksesais Paradise 8/2021 di beberapa pangkalan udara di Semenanjung Malaysia mulai hari ini hingga 2 November depan 8 jam yang lalu: Piala Malaysia: 3 pasukan Kumpulan C dapat kemenangan percuma selepas NSFC tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia 2021 akibat COVID-19 8 jam yang lalu: Permohonan kerajaan sekat guna dana US$340 juta dikaitkan dengan 1MDB didengar 6 Disember

IKUTI KAMI


Kerajaan Disyor Guna Vaksin Berbeza Untuk Suntikan Penggalak - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 2:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syor itu dikemukakan Jawatankuasa Kecil Teknikal yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M Peariasamy kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada mesyuarat minggu lepas.

“Kajian berkenaan keselamatan ini telah pun dilaksanakan dan disyorkan untuk kita teruskan dengan  program vaksin heterologus kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) di Dewan Rakyat hari ini berhubung perkara itu.

Sebelum ini kerajaan mempertimbangkan kaedah campuran dua vaksin berkenaan sebagai sebahagian pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (​PICK) bagi meningkatkan antibodi peneutralan serta keberkesanan vaksin berikutan banyak negara sudah berbuat demikian.

Sarawak memulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 bulan ini, sekali gus menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif itu dengan fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas, serta mereka yang mempunyai komorbid serius.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berhubung situasi COVID-19 di Sarawak, Khairy berkata pihaknya amat prihatin terhadap situasi semasa di negeri itu dengan kes harian yang masih tinggi walaupun sebahagian besarnya kategori satu hingga tiga.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan perkara itu antaranya pembukaan awal sektor ekonomi daripada negeri lain dan kesan vaksinasi yang mungkin sudah mula menurun dan perlu dos penggalak untuk golongan tertentu.

“Kami juga melihat trend jangkitan masih ada banyak kluster di Sarawak melibatkan rumah panjang, dan aspek lain seperti varian, jenis vaksin dan sebagainya, dan kita akan buat pendekatan yang sepatutnya untuk pastikan kadar jangkitan di Sarawak dapat diturunkan,” katanya.

Beliau berkata KKM juga menghantar National Rapid Response Task Force di bawah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong yang ketika ini berada di Sarawak.

Jelasnya separuh daripada taskforce itu berada di Kuching dan separuh lagi di Sibu bagi melihat bagaimana kapasiti hospital terutamanya katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dapat ditingkatkan bagi menampung pesakit kategori empat dan lima.

“Dalam keadaan kes meningkat, adalah sangat penting untuk sistem kesihatan awam menyediakan katil-katil kritikal iaitu katil ICU, ini adalah satu langkah awal untuk negeri-negeri lain mungkin kalau ada gelombang dan varian seterusnya kita dapat respons dengan baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Pakai Semula Pelitup Muka Selepas Makan - Khairy Jamaluddin

2

Semasa 13 jam yang lalu

Taman-Taman Negara Johor Dibuka Bermula November

3

Filem & TV 20 jam yang lalu

FFM31 Akan Diadakan 10 Dis - FINAS

4

Semasa 1 hari yang lalu

MySejahtera Bermasalah Lagi, Sijil Digital Vaksin Papar Maklumat Berbeza

Sorotan

1

Tindakan Tatatertib Kepada Penjawat Awam Enggan Terima Vaksin - KSN

2

Belajarlah Dari Korea! Bagaimana BTS, 'Squid Game' Takluk Dunia

3

Ronaldo Pakai Salah Jersi, Madame Tussauds Akan Buat Pertukaran

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPR Bentang SOP PRN Melaka Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Penarik Beca Tagih Elaun, Kerajaan Terengganu Mungkir Janji?

oleh Ana Maria Yusof

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Maut Digilis Jentera Perata Jalan

oleh Rosli Amit

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Pantau Hutan Guna Dron

oleh Siti Norhidayatidayu Razali