web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


143,000 Pelajar Mula Sesi Persekolahan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 1:17PM

Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Pin Hwa di Shah Alam, memulakan persekolahan secara bersemuka hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Seramai 143,000 pelajar di sekolah seluruh negara, kecuali Kedah dan Johor, memulakan sesi persekolahan secara bersemuka setakat semalam dan hari ini, selepas kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 94,000 pelajar dari negeri Kumpulan B -  Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan - memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Bakinya melibatkan pelajar dari negeri Kumpulan A melibatkan Terengganu, Kelantan dan Langkawi semalam.

“Secara keseluruhannya, tatacara pelaksanaaan pembukaan sekolah dan juga kehadiran murid untuk sesi pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka berjalan lancar dan perkara ditetapkan dalam garis panduan pengoperasian pembukaan sekolah dipatuhi dengan baik.

“Hampir semua negeri buka sekolah kecuali Kedah dan Johor, pendekatan Kementerian Pendidikan (KPM) ialah membawa murid kembali ke sekolah, kita mahu sistem pendidikan kembali bergerak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kurshiah di sini hari ini.

Terdahulu, Radzi turut meninjau sesi persekolahan secara bersemuka di beberapa sekolah termasuk di SMK Tuanku Ampuan Durah, Seremban dan SMK Tunku Muhammad dan Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar di Kuala Pilah.

Dalam pada itu, beliau berkata respons daripada ibu bapa amat baik namun masih ada segelintir ibu bapa merasakan masa ini belum sesuai untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana khuatir dengan penularan COVID-19.

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang tindakan dikenakan kepada ibu bapa dan mereka diberi pilihan sama ada untuk menghantar anak mereka atau tidak tetapi ia perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

“Kalau kita lihat trend sebelum ini, apabila kita mula buka sekolah pada Jun tahun lepas dan awal Mac lepas, memang begitulah trendnya, peringkat awal sebahagian ibu bapa ambil pendekatan untuk tidak hantar terlebih dahulu namun apabila masa berlalu untuk satu tempoh kita lihat kehadiran amat baik,” katanya.

Beliau berkata kehadiran pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua adalah menggalakkan dan mereka dilihat bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad