web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembukaan Muzium Negara Dapat Sambutan, Pengunjung Hadir Bersama Keluarga

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 5:13PM

Orang ramai tidak melepaskan peluang melawat Muzium Negara, yang sebelum ini ditutup selama setahun setengah akibat penularan COVID-19. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang mengunjungi Muzium Negara secara percuma bermula hari ini sehingga 8 Oktober ini sempena pembukaan semula, selepas peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selepas hampir setahun setengah ditutup dan beroperasi secara 'on off', lokasi pelancongan negara itu kini dibuka sepenuhnya.

Pengarah Muzium Negara, Zamrul Amri Zakaria berkata, tawaran tiket percuma ini adalah antara cara menarik kehadiran orang ramai.

Menurut beliau, 10 pengunjung pertama hari ini diberikan hadiah misteri manakala 2,000 pengunjung pertama akan diberikan minuman percuma.

“Pihak Muzium Negara akan mengadakan banyak lagi program menarik untuk pengunjung sehingga penghujung tahun ini,” katanya semasa ditemui di Muzium Negara pada hari ini.

Zamrul Amri
Zamrul Amri

Zamrul Amri berkata, sejumlah petugas muzium sudah diarahkan untuk memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pengunjung bagi mengelak sebarang risiko penularan COVID-19.

"Sejumlah kakitangan muzium akan berperanan sebagai pengawal pemerhati untuk memantau pematuhan SOP pengunjung kerana kita tidak mahu berlaku jangkitan.

"Hanya pengunjung yang sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing sahaja dibenarkan masuk, dengan pengecualian untuk kanak-kanak di bawah usia 17 tahun yang diiringi ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.

Beliau berkata, setiap sesi lawatan akan dibuka selama sejam, terhad untuk 60 pengunjung sahaja.

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat bahan-bahan pameran yang disediakan di dalam Muzium Negara.
Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat bahan-bahan pameran yang disediakan di dalam Muzium Negara.
Dua kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar di depan bahan pameran dalam Muzium Negara.
Dua kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar di depan bahan pameran dalam Muzium Negara.
Orang ramai beratur untuk memasuki Muzium Negara selepas hampir setahun setengah ditutup akibat COVID-19.
Orang ramai beratur untuk memasuki Muzium Negara selepas hampir setahun setengah ditutup akibat COVID-19.
Seorang pekerja pembersihan menjalankan proses sanitasi di dalam bilik pameran di Muzium Negara.
Seorang pekerja pembersihan menjalankan proses sanitasi di dalam bilik pameran di Muzium Negara.
Pengunjung tetap menjaga penjarakan sosial yang merupakan sebahagian daripada SOP yang ditetapkan.
Pengunjung tetap menjaga penjarakan sosial yang merupakan sebahagian daripada SOP yang ditetapkan.

Tinjauan Getaran dapati, pembukaan semula Muzium Negara itu mendapat sambutan baik daripada orang ramai. 

Mohd Irfan Hanafi, 42 seorang pekerja sektor swasta yang hadir bersama keluarganya berkata, dia gembira dengan pembukaan semula premis pelancongan utama negara itu.

“Saya amat teruja dengan pengumuman pembukaan semula Muzium Negara kita, dan saya rasa sepatutnya premis ini harus dibuka semula sebelum pembukaan pawagam.

“Ini kerana, muzium merupakan antara  medium yang mengajar anak kita tentang sejarah negara selain di sekolah,” katanya.

Jelas Irfan lagi, kunjungan ke Muzium Negara bersama keluarga mampu memberi pendedahan tentang sejarah negara kepada anaknya yang kini berusia 12 tahun.

“Saya amat risau tentang pendidikan anak saya dengan keadaan sekolah semua yang masih ditutup dan tidak pasti bila akan dibuka sepenuhnya.

“Dengan datang ke muzium seperti ini, diharapkan anak saya sedikit sebanyak mendapat pendedahan tentang sejarah negara kita, dan semoga ia boleh memberi inspirasi kepada anak saya untuk lebih menyayangi negara,” ujarnya. - Getaran, 2 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar