web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akur Bantahan Penduduk, Pak Mie Shelter Tak Jadi Pindah Haiwan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 1:52PM

Badirol Hisham Ramli (kiri) bersama ahli keluarganya mahu terus membela anjing dan kucing terbiar di Pak Mie Shelter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebagai menghormati kehendak dan bantahan dikemukakan penduduk, pengusaha pusat pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter akur untuk tidak memindahkan kira-kira 430 anjing dan kucing jalanan yang kini dipeliharanya di Kampung Ganding, di sini.

Menurut anak sulung pengasas Pak Mie Shelter, 54, yang kini mengambil alih tanggungjawab menguruskan pusat penjagaan itu, beliau amat memahami keresahan penduduk kampung kerana ini bukan kali pertama usaha untuk memindahkan semua haiwan tersebut mendapat tentangan masyarakat setempat.

Badirol Hisham Ramli
Badirol Hisham Ramli

Katanya, penolakan sama pernah berlaku ketika mereka sekeluarga berhasrat memindahkan haiwan tersebut ke Pokok Sena serta sebuah lagi kawasan di Pendang, beberapa tahun sebelum ini.

"Saya akui, semangat untuk meneruskan usaha arwah ibu, Halijah Idris (Mak Intan) dan arwah ayah tiri, Muhammad Azmi Ismail (Pak Mie) yang mengasaskan pusat jagaan ini sejak 10 tahun lalu kini sedikit luntur, apatah lagi beberapa kerja asas projek yang hendak dilaksanakan, sudah dimulakan berhampiran tapak lama kami di Jalan Tanjung Bendahara.

"Namun saya tidak mahu menyalahkan penduduk setempat terhadap kebimbangan mereka. Saya cuma mengharapkan agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik untuk kami," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan, pemindahan tapak penjagaan haiwan itu terpaksa dilakukan sebelum 28 Februari ini bagi memberi ruang kepada pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sanggup menyewakan gudang pada kadar RM4,300 sebulan di Kampung Kubang Jelai dengan beberapa pengubahsuaian dilakukan, termasuk sistem kumbahan, pengairan, ventilasi, bilik pengasingan, tempat makanan, kipas serta lobi tetamu bagi dijadikan sebagai zoo taman untuk menerima pengunjung.

Namun penduduk kampung itu pada 20 Februari lalu telah mengemukakan bantahan terhadap pemindahan haiwan tersebut atas beberapa faktor, termasuk kedudukan gudang berhampiran masjid serta bimbang sisa buangan najis haiwan disalirkan ke sungai berhampiran yang menjadi sumber air hampir 100 hektar sawah di situ.

Mengulas lanjut Badirol berkata, jalan terakhir difikirkannya ketika ini adalah menempatkan anjing dan kucing di bawah jagaannya itu di tapak sementara, seperti ditawarkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sebelum ini.

Katanya, langkah itu akan menjadi pilihan terakhir buatnya kerana tapak sementara itu hanya ditawarkan untuk tempoh enam bulan sebelum beliau sekali lagi perlu memikirkan tempat baharu bagi menempatkan haiwan-haiwan terbabit.

"Itu bermakna saya perlu memindahkan 430 anjing dan kucing itu dua kali dalam tempoh enam bulan. Namun saya tidak menolak kemungkinan untuk menerima tawaran itu jika sudah 'habis jalan' bagi menempatkan haiwan-haiwan ini.

"Saya ada berhubung dengan wakil Ebit dan mereka juga menyatakan kesediaan untuk mencari tempat baharu. Namun dalam masa sama, saya tak mahu terlalu menyusahkan mereka dengan mencari lokasi yang memerlukan belanja terlalu mahal," katanya. – Getaran, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad