web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas MPV Dan 2 Lori, Pemandu Maut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 12:33PM

Seorang pemandu MPV maut dalam nahas membabitkan MPV dan 2 lori membawa muatan buah serta ayam di Kilometer 316.3 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabit kemalangan dengan dua lori di Kilometer 316.3 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Tan Ying Ming, 54, yang memandu Toyota Innova disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan itu membabitkan MPV dan dua lori yang membawa muatan ayam serta buah-buahan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, MPV yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh itu melanggar bahagian belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian,

“Pelanggaran itu mengakibatkan MPV berkenaan terbabas ke lorong kanan, sebelum dilanggar pula sebuah lori membawa muatan ayam sehingga mengakibatkan kedua-duanya terbakar.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga pemandu MPV tercampak keluar dan parah di beberapa bahagian badan, antaranya kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.

Katanya, kedua-dua pemandu lori berusia 49 dan 58 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati terdapat sebuah lori muatan ayam terbakar sehingga 60 peratus manakala MPV terbabit musnah 90 peratus dalam nahas itu.

“Anggota kemudiannya menjalankan kerja pemadaman sebelum operasi ditamatkan jam 5.48 pagi,” katanya. – Getaran, 1 Oktober 2021

Keterangan Gambar- Nahas membabitkan MPV dan 2 lori membawa muatan buah dan ayam mengakibatkan pemandu MPV maut.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar