web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Ditahan, Sekeluarga Terbabit Syabu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:45PM

Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan sebahagian daripada plastik hijau berisi dadah disyaki syabu yang dirampas kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas berusia 70 tahun merupakan antara empat individu yang ditahan dalam tiga siri tangkapan dilakukan polis kelmarin, bagi membantu siasatan terhadap rampasan dadah jenis syabu seberat 54.72 kilogram (kg) bernilai hampir RM2.19 juta.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, selain warga emas tersebut, tiga lagi yang ditahan adalah dua anaknya, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 30 dan 36 tahun.

Turut ditahan ialah kenalan mereka yang berusia 41 tahun.

Menurut beliau, tangkapan pertama dibuat ke atas anak lelaki warga emas tersebut yang menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton di depan sebuah rumah di Bandar Amanjaya dekat sini, kira-kira jam 8.10 pagi kelmarin.

“Lelaki itu cuba melarikan diri dengan keluar dari kenderaan sebaik menyedari kehadiran polis, namun dia berjaya ditahan.

“Dalam masa masa, polis turut menahan kenalannya yang menaiki kereta jenis Honda City dan berada di sebelah Mitsubishi Triton tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Kamarul Zaman menambah, pemeriksaan dalam Mitsubishi Triton itu berjaya menemui dua guni dan satu plastik hitam  mengandungi semua dadah tersebut yang diletakkan di bahagian penumpang belakang kenderaan itu.

“Guni pertama berisi berisi 21 bungkusan plastik hijau mengandungi dadah jenis syabu seberat 21.2 kilogram yang diletakkan di tempat duduk.

“Manakala satu lagi guni dan satu plastik hitam diletakkan di tempat letak kaki, mengandungi 24 bungkusan plastik hijau berisi dadah seberat 24.3 kg, manakala plastik hitam pula mengandungi sembilan plastik hijau berisi bahan sama seberat 9.1 kg,” katanya.  

Susulan penemuan, polis melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan sama dan menahan seorang wanita berusia 36 tahun kira-kira jam 8.30 pagi.

“Setengah jam kemudian, satu lagi serbuan dilakukan di sebuah premis dekat Pusat Komersial Saujana yang menjadi lokasi warga emas tersebut ditahan.

“Pemeriksaan dalam rumah dan premis tersebut bagaimanapun tidak menemui barang yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Katanya, dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran utara tanah air.

“Jika terlepas ke pasaran, dianggarkan dadah ini boleh digunakan seramai 547,000 penagih,” katanya.

Kamarul Zaman memaklumkan, lelaki berusia 30 tahun bersama kenalannya itu memiliki rekod jenayah sementara bapa dan wanita itu pula tidak memiliki sebarang rekod lampau.

“Ujian air kencing dijalankan mendapati kesemua mereka negatif dadah. Selain dadah yang dirampas, pihak kami turut menyita enam kenderaan iaitu kereta, motosikal dan lori untuk membantu siasatan.

“Sitaan turut dilakukan terhadap wang tunai berjumlah RM5,466 yang ditemui dalam serbuan tersebut, selain lima akaun bank yang memiliki wang berjumlah RM411,121,” katanya.

“Kesemua individu ditahan direman antara tiga hingga tujuh hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad