web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Imunisasi COVID-19 Mungkin Selesai Sebelum Akhir Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 8:27AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijangka dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini meskipun sasaran sebenar program itu tamat ialah pada Februari 2022.

Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin berkata keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual.

Beliau berkata selain itu, pada fasa ketiga, Pusat Vaksinasi Mega akan ditubuhkan antaranya di dalam stadium serta pusat persidangan dan langkah ini bakal menyaksikan lebih ramai orang dapat divaksinasi pada satu-satu masa.

"Bagaimanapun, apa yang masih lagi menjadi tanda tanya ialah sama ada kita akan mendapat vaksin mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kita sudah menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat termasuk Pfizer tetapi kita masih lagi bergantung kepada kapasiti kilang pembuatan mereka di luar negara... kalau mereka menepati perjanjian atau kontrak itu, saya percaya dan yakin kita dapat selesaikan sebelum akhir tahun ini," katanya semasa ditemu bual melalui panggilan video dalam program Bicara Naratif di RTM malam ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata buat masa ini, selain Pfizer, Malaysia mempunyai perjanjian dengan empat pengeluar vaksin berbeza di luar negara iaitu Sinovac dari China, AstraZeneca (United Kingdom), Gamaleya (Sputnik V) dari Rusia dan vaksin satu dos CamSinoBIO (China) yang masih lagi dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Maklumat dan data yang dikeluarkan pengeluar vaksin itu mestilah berdasarkan kepada uji kaji yang dijalankan di luar negara yang menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan... kalau NPRA berpuas hati, barulah NPRA memberi kelulusan untuk vaksin tersebut.

"Kalau NPRA bagi kelulusan kepada semua vaksin ini untuk digunakan di Malaysia, maka bertambahlah bekalan kita untuk percepatkan imunisasi ini," katanya.

Khairy berkata kerajaan juga bercadang membeli vaksin satu dos Johnson&Johnson keluaran Amerika Syarikat yang mungkin digunakan di kawasan pedalaman di mana akses keluar masuknya adalah sukar untuk memungkinkan pengambilan vaksin dua dos.

Menyentuh mengenai Pusat Vaksinasi Mega, beliau berkata ia bakal ditubuhkan dalam fasa ketiga (fasa orang ramai) memandangkan ia merupakan yang terbesar antara ketiga-tiga fasa bagi program itu.

"Fasa ketiga juga merupakan penjadualan penghantaran vaksin yang paling banyak iaitu kalau hari ini ratusan ribu sahaja, tetapi menjelang pertengahan tahun ini apabila fasa ketiga bermula, penjadualan penghantaran vaksin adalah jutaan vaksin akan sampai, sebab itu kita memerlukan tempat atau pusat pemberian vaksin yang besar untuk kita selesaikan pemberian vaksin dan tidak perlu kita simpan vaksin ini di pusat simpanan vaksin," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar