Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Anak ‘Punching Bag’ - Peguam Syariah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 3:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan bercerai atau sedang mengalami masalah rumahtangga  diingatkan supaya tidak menjadikan anak sebagai mangsa keadaan, semata-mata untuk melepaskan ketidakpuasan hati masing-masing.

Peguam Syariah dari Tetuan Amir & Elly, Elly Jasmin Aminuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan kes penceraian sepanjang pandemik COVID-19, dan apa yang membimbangkan ialah, ramai pasangan menjadikan alasan pandemik sebagai syarat untuk tidak membenarkan anak berjumpa dengan ibu atau ayah mereka.

“Ia berlaku apabila hak jagaan telah jatuh kepada penjaga sama ada ibu atau bapa itu sendiri, kemudian mereka menjadikan pandemik sebagai alasan untuk tidak membenarkan ibu atau ayah kandung berjumpa anak mereka.

“Jika dilihat, dalam kes penceraian ini ramai ibu bapa tertekan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi bagaimana pula dengan emosi anak tersebut?

“Mereka lebih tertekan apabila tidak dibenarkan berjumpa ibu atau ayah mereka.

“Masalah rumahtangga atau penceraian hanya berlaku kepada pasangan terbabit, tetapi akhirnya anak pula menjadi mangsa keadaan,” katanya dalam satu forum secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, bertajuk ‘Kesihatan Mental Anak Ketika Pandemik’ di sini hari ini.

Elly, memiliki pengalaman selama 20 tahun menjadi peguam syariah dan sivil berkata, pihaknya juga berhadapan dengan aduan mengenai masalah tingkah laku anak yang terlibat dengan masalah sosial akibat perceraian ibu bapa mereka.

Elly Jasmin Aminuddin
Elly Jasmin Aminuddin

“Sebab itu, banyak kes tekanan perasaan emosi berlaku kepada anak sehingga terjadinya masalah sosial, pembelajaran merosot, termasuk ada yang lari dari rumah, malah kes bunuh diri melibatkan anak-anak bawah umur turut dilaporkan,” ujarnya.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang tidak dibenarkan melawat anak mereka dan dinafikan hak lawatan perlu merujuk keadaan itu atau mendapatkan nasihat daripada peguam sebagai pihak ketiga, bagi menyelesaikan masalah tersebut secara aman.

“Kami akan cuba berbincang untuk mencapai persetujuan demi kepentingan anak-anak itu sendiri, namun sekiranya ia sukar, maka langkah seterusnya ialah ke mahkamah.

“Anak-anak yang sudah matang, berhak menyuarakan hasrat mereka untuk berjumpa ibu atau bapa, sekiranya hak penjagaan itu jatuh pada seorang daripada mereka,” katanya.

Ibu bapa yang berada di ambang perceraian, jelas beliau lagi, sering berhadapan masalah perebutan anak, namun perlu diketahui, hubungan anak dan ibu bapa tidak akan terputus.

“Ibu bapa yang berakal perlu lebih tahu untuk memberikan kasih sayang kepada anak walaupun sudah bercerai,” tegasnya.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob mendedahkan, sebanyak 66,440 kes cerai membabitkan pasangan beragama Islam didaftarkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 hingga Ogos lalu.

Menurut beliau, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 12,479 kes, diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921) dan 5,098 di Terengganu. - Getaran, 26 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Demi Anak, Nyawa Pun Sanggup Aku Pertaruhkan...

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad