web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simulasi Khas Pulau Tioman, Siap Sedia Terima Pelancong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 12:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tourism Malaysia Pahang akan mengadakan simulasi khas sebagai persediaan melaksanakan gelembung pelancongan di Pulau Tioman yang dijadualkan pertengahan Oktober ini.

Simulasi itu akan diadakan di Jeti Teluk Gading, dekat Kuala Rompin pada Selasa ini.

Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) digunakan pada Gelembung Pelancongan Pulau Langkawi terpakai bagi pelancong yang ingin ke Pulau Tioman.

“Walaupun perancangan awal kita untuk membuka sektor pelancongan di Pulau Tioman pada 1 Oktober, namun berikutan keputusan kerajaan yang masih belum membenarkan aktiviti rentas negeri, jadi kita mulakan dulu dengan pelancong domestik.

“Kami berharap semua pemain industri pelancongan di sana dapat bersabar dan kita jangka Gelembung Pelancongan di Pulau Tioman dapat dilaksanakan menjelang pertengahan bulan Oktober,  seterusnya memberi peluang kepada pelancong dari luar Pahang menikmati keindahan pulau berkenaan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kamarudin berkata, simulasi penggunaan SOP penuh pasca gelembung pelancongan untuk Pulau Tioman dilaksanakan sebagai percubaan untuk pengendalian dan persediaan menghadapi situasi sebenar apabila pelancong dibenarkan memasuki pulau itu.

“Melalui simulasi ini, kita dapat pastikan yang kita sudah benar-benar bersedia untuk menerima kedatangan mereka (pelancong) dan sekiranya kita tidak buat persediaan awal, dibimbangi akan berlaku masalah yang mungkin mengakibatkan SOP ditetapkan tidak dapat diselaraskan dengan baik,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Kamaruddin berkata, setiap penumpang feri yang melalui pintu masuk di Jeti Tanjung Gading perlu menunjukkan bukti kepada pihak berkuasa bahawa mereka telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

“Pelancong perlu menunjukkan bukti bahawa mereka sudah menerima suntikan vaksin lengkap dan melakukan ujian saringan COVID-19 serta disahkan negatif, sebelum dibenarkan menaiki feri.

“Simulasi dan tempoh percubaan (try run) ini akan dilakukan antara seminggu hingga dua minggu dan selepas itu, Tourism Pahang sangat yakin kita sudah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan program gelembung pelancongan seperti  diumumkan kerajaan sebelum ini," katanya.

Beliau turut memaklumkan, SOP di pintu masuk Pulau Tioman itu akan turut diguna pakai bagi lokasi pelancongan lain di negeri ini seperti Cameron Highlands, Bukit Fraser, Kuala Gandah, Taman Negeri dan Taman Negara.

Mengikut rekod Tourism Pahang, terdapat 103 hotel di Pulau Tioman dengan kapasiti 1,821 bilik selain 30 pusat selam skuba dengan 88 pemandu bot yang sedia menunggu kedatangan pelancong ke pulau berkenaan pada bila-bila masa.

Pulau itu juga sudah memenuhi kriteria imuniti kelompok sejak Julai lalu dengan 100 peratus penduduk dewasa, termasuk penggiat industri pelancong sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 mereka. - Getaran, 26 September

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad