Berita Terkini

58 minit yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 59 minit yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Sejarah Pemajakan Pulau Pinang Dari Kedah Perlu Diperbetulkan - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:28PM

Sejarah mengenai pemajakan Pulau Pinang daripada Kedah perlu diperbetulkan kerana tiada bukti menunjukkan perjanjian itu berlaku. - Gambar Mustafa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sejarah mengenai 'pemajakan' Pulau Pinang daripada Kedah perlu diperbetulkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa perjanjian mengenai pajakan itu, benar-benar berlaku pada era pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, setiap dokumen yang ada ketika ini termasuk yang dipaparkan di Muzium Pulau Pinang, hanyalah surat perbincangan antara Francis Light dengan Sultan Abdullah semata-mata.

Namun katanya, perbincangan mengenai pemajakan negeri itu tidak dimaktubkan menerusi satu perjanjian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak.

"Apa yang dipamerkan selama ini sebagai dokumen perjanjian adalah tidak betul dan perlu diperbetulkan. Itu cuma surat perbincangan mengenai pajakan dan bukannya dokumen perjanjian antara Sultan Abdullah dengan mana-mana pihak.

"Oleh itu pihak muzium dan arkib perlu menjelaskannya dan tak boleh tersalah membuat penerangan. Sudah sampai masanya rakyat negara ini tahu tiada perjanjian berkaitan perkara itu pada 1786 seperti digembar-gemburkan selama ini," katanya.

Beliau yang juga anak jati Pulau Pinang dan merupakan pengkaji sejarah negeri itu berkata demikian dalam sidang akhbar secara maya bersama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) yang diadakan secara dalam talian di sini.

Antara panel yang turut menyertai sidang akhbar itu adalah Pengerusi PSMCK, Dr. Ibrahim Bakar; Timbalannya, Ts Syamsul Anuar Ismail serta Setiausaha Kehormat PSMCK, Dr. Mohd. Faisal Mustaffa.

Murad menambah, kisah perjanjian tersebut merupakan satu naratif berpanjangan dan berterusan yang akan dipercayai, lalu dikekalkan kerana kepentingan pihak tertentu.

"Bagi saya, kita tidak boleh meneruskan naratif kolonial tanpa merujuk kepada sumber alternatif sedangkan sumber alternatif itu memang wujud.

"Saya tak tahu mengapa pihak terlibat tak merujuk kepada sejarawan terkemuka, R. Bonney yang telah membangkitkan hal ini sejak 50 tahun lalu dalam bukunya Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence. Ini bukan sesuatu yang baharu kita bangkitkan, sebaliknya telah dinyatakan Bonney sejak buku itu diterbitkan pada 1971," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Bonney yang merupakan sejarawan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dalam buku tersebut jelas menyebut bahawa Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah dipajak, dikurniakan atau diserahkan melalui sebarang perjanjian bertulis oleh Sultan Abdullah.

"Dinyatakan dalam buku itu bahawa Sultan Abdullah hanya memberi kebenaran sementara kepada Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang hingga suatu masa tertentu.

"Tidak ada persetujuan atau perjanjian bertulis untuk perkara itu (pajakan) malah tiada sebarang deraf dibuat dengan maksud untuk penyerahan sebarang wilayah. Tiada bukti atau rujukan dokumen dalam mana-mana rekod," katanya. – Getaran, 24 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli Politik, Individu Tanpa Tauliah Dilarang Berceramah Di Pulau Pinang

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Tiada Unsur Bias, Kami Kaji Dokumen Asal Sejarah Sarawak – Penerbit Filem Rajah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Keputusan Perak Berhubung Pembekalan Air Dikaji Secara Terperinci - Anwar

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan