web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukit Malut Tak Akan Bersih Selagi Ada Penempatan Haram - LTA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 5:53PM

Bukit Malut - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI – Masalah pencemaran di perairan Langkawi berdekatan Bukit Malut tidak akan selesai selagi penempatan haram di kawasan terbabit tidak dipindahkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, pemandangan menjelikkan itu tular di media sosial baru-baru ini, sekali gus menjatuhkan imej pulau tersebut sebagai antara lokasi pelancongan ternama negara.

Menurut beliau, isu berkenaan bukan sesuatu yang baru malah telah berlarutan sejak sekian lama, kerana semua sampah penempatan terbabit yang dibina secara setinggan, dibuang di tebing laut.

"Masalah ini dah lama tetapi sekarang makin teruk akibat ketibaan angin monsun yang mengakibatkan air pasang lebih tinggi. Apabila air itu naik ke tebing di perkampungan haram tersebut, ia turut menghanyutkan sampah yang ada.

"Sebelum ini ia hanya hanyut di kawasan itu saja, tetapi sekarang ada sebahagiannya sudah sampai ke kawasan tertentu yang menjadi lokasi pelancong menaiki bot untuk aktiviti 'Island Hopping,'" katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Kerajaan Kedah sebelum ini telah berulang kali menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama bagi memindahkan penduduk Melayu Islam Kedah (MIK) yang tinggal di kawasan tersebut.

Difahamkan, tanah untuk memindahkan mereka juga sudah disediakan namun kerajaan negeri masih menunggu 'lampu hijau' dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut Zainudin berkata, langkah paling efektif untuk dilaksanakan ketika ini adalah dengan memasang jaring sejauh kira-kira dua kilometer di perairan berdekatan kawasan Bukit Malut itu bagi mengelakkan semua sampah hanyut ke kawasan lain.

"Langkah itu boleh digunakan sementara menanti setiap penduduk-penduduk ini dipindahkan. Jika jaring dipasang, maka segala sampah sarap akan hanyut dalam kawasan Bukit Malut saja," katanya.

"Isu ini tidak boleh dipandang mudah dan harus diselesaikan dalam masa terdekat," katanya. - Getaran 23 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad