web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 85 Peratus Kes BID Di Sandakan Babitkan Individu Tanpa Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 8:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Kira-Kira 85 peratus kes kematian di luar hospital (BID) di Sandakan akibat COVID-19 didapati terdiri daripada individu tanpa vaksinasi bagi melawan pandemik itu, kata Pegawai Kesihatan Daerah Dr Johari Awang Besar semalam.

Beliau berkata sejak Julai lepas, jumlah kematian di luar hospital akibat COVID-19 telah meningkat secara eksponen kebanyakannya membabitkan individu berisiko tinggi terutama mereka yang berusia melebihi 50 tahun.

“Pada Julai, Sandakan merekodkan enam kes BID dan angka itu meningkat kepada 55 bulan lepas (Ogos). Setakat 16 September, sudah terdapat 66 kes.

“Saya merayu kepada semua orang agar lebih memberi perhatian kepada golongan warga emas atau ibu bapa atau datuk nenek mereka kerana 90 peratus kes BID membabitkan mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.

“Kira-Kira 46 peratus jumlah kematian membabitkan mereka yang berusia lebih 70 tahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Hakka di sini.

Dr Johari juga menggesa penduduk Sandakan agar merebut peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin kerana jumlah kes harian di daerah itu telah mencatatkan tiga angka sejak kebelakangan ini dan meletakkan Sandakan sebagai antara tiga daerah teratas dengan jumlah kes tertinggi di Sabah.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap individu yang terlepas janji temu untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Pfizer atau Sinovac dan menggesa mereka agar hadir di mana-mana tujuh PPV di daerah itu secara jumpa terus.

“Kira-kira 10,000 orang telah terlepas janji temu untuk mendapatkan dos kedua mereka.

“Mereka boleh pergi ke mana-mana PPV dengan segera. Jangan tunggu sampai berbulan-bulan untuk berbuat demikian,” katanya.

Mengulas penguatkuasaan berkaitan mewajibkan pengambilan vaksinasi lengkap di semua premis di Sabah mulai esok, Dr Johari telah memaklumkan pasukannya agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis AstraZeneca pada awal bulan lepas susulan sela masa sembilan minggu yang diperlukan sebelum mendapatkan dos kedua.

“Bukan salah mereka jika mereka tidak dapat melengkapkan kedua-dua dos suntikan menjelang esok. Bagaimanapun, kelonggaran ini hanya bagi mereka yang telah menerima suntikan pertama bulan lepas kerana pengumuman bagi vaksinasi lengkap dibuat selepas itu (dos pertama).

“Tetapi jika ada yang baru menerima dos pertama AstraZeneca hari ini, saya berpendapat mereka perlu dihalang memasuki mana-mana premis terbabit seperti makan di restoran,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 11,000 penduduk Sandakan menerima dos pertama AstraZeneca dan mereka dijangka melengkapkan vaksinasi masing-masing bulan depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

63 Rumah Setinggan Diroboh Dalam Operasi Bersepadu Di Kota Kinabalu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar