web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PICK Remaja Bermula Hari Ini, Libatkan 3.2 Juta Remaja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 12:46PM

Salah seorang remaja mendapatkan suntikan vaksin di Putrajaya hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini dengan menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pelaksanaan PICK Remaja dilakukan melalui beberapa kaedah antaranya secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara.

“Remaja yang menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga bagi menandatangani borang persetujuan terima vaksin,” katanya serta menambah remaja yang mempunyai masalah kesihatan akan diberi pengecualian daripada menerima suntikan vaksin.

Dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sempena Kick-Off PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) di sini hari ini, Khairy berkata senarai PPV khas untuk remaja mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus akan diumumkan esok.

Khairy berkata pelaksanaan PICK Remaja adalah penting sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada Oktober ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan serta mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah.

Pada 12 September lepas, Radzi mengumumkan sesi persekolahan akan dimulakan secara bersemuka mulai 3 Oktober ini mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

Khairy berkata statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 0 hingga 18 tahun di Malaysia adalah membimbangkan.

Menurutnya, terdapat peningkatan daripada 12,620 kes pada 2020 kepada 400,668 kes pada tahun ini iaitu setakat 16 Sept lepas dengan 256,569 kes daripada jumlah tersebut melibatkan murid sekolah dan 42,381 kanak-kanak prasekolah.

Khairy berkata semua negeri yang mempunyai bekalan vaksin diberi kebenaran untuk memulakan PICK Remaja.

Beliau berkata PICK Remaja telah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 Sept dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 11 September selepas kadar vaksinasi di negeri dan wilayah tersebut mencapai 80 peratus.

PICK Remaja di Sabah pula dimulakan pada 16 September kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar, katanya.

Sehingga 16 September, katanya seramai 86,076 remaja telah diberikan dos pertama vaksin COVID-19 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

PICK Remaja dikelolakan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

CITF-A dalam kenyataan sebelum ini menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 pada November ini, dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Hari ini, seramai 323 pelajar SMK Putrajaya Presint 8(1) yang terdiri daripada 156 pelajar tingkatan empat dan 167 tingkatan lima menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Turut hadir Dr Noor Azmi dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar