web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPM 2020, Ibu Bapa Luah Rasa Bimbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 8:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Malaysia mencatat sejarah apabila 401,105 pelajar seluruh negara bagi sesi pembelajaran 2020 akhirnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai semalam, selepas tertangguh beberapa bulan ekoran pandemik COVID-19.

Kesemua calon itu terdiri daripada kumpulan pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran paling panjang, iaitu selama hampir 14 bulan, selepas terpaksa beralih kepada kaedah dalam talian, dengan menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.

SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sepatutnya diadakan November setiap tahun namun kesemua peperiksaan itu untuk sesi 2020 terpaksa ditangguh kepada Januari tahun ini, sebelum sekali lagi dianjak kepada Februari berikutan ancaman gelombang ketiga COVID-19.

Tidak dinafikan, ia merupakan satu ujian buat semua pelajar kerana terpaksa menduduki peperiksaan tanpa berpeluang menilai tahap kemampuan diri, menerusi peperiksaan percubaan sebagaimana lazim.

Bukan sedikit suara yang menggesa agar peperiksaan SPM 2020 ditangguhkan lagi, namun ramai juga yang mahu ia diteruskan, selepas mengambil kira sesi pembelajaran yang sudah berlangsung selama 26 bulan, termasuk 12 bulan ketika berada di Tingkatan Empat dan Enam Rendah.

Fatimah Abdullah, 43, ibu kepada seorang calon SPM berkata, penutupan sekolah selama beberapa kali sedikit sebanyak mengganggu takwim persekolahan hingga menyebabkan semangat anaknya untuk menduduki peperiksaan terbabit kian luntur.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang jika anaknya itu gagal menjawab dengan baik, ekoran gangguan dari aspek rutin pembelajaran, apabila ia terpaksa digantikan dengan rutin di dalam talian serta penggunaan modul bercetak.

“Saya sebenarnya sangat risau apabila anak terpaksa menghadapi SPM dalam waktu sekarang kerana cara pembelajaran atas talian tidak sama dengan cara pembelajaran di dalam kelas.

“Bagi menghadapai SPM tahun ini, saya terpaksa mengambil kelas tambahan lain bagi memastikan anak tidak ketinggalan, sebab saya lihat, anak semakin kurang minat untuk belajar dan tiada semangat untuk menduduki peperiksaan,” keluh Fatimah kepada Getaran.

Fatimah juga berkata, banyak subjek pembelajaran tertinggal dan terpaksa mengulang kaji menggunakan kertas peperiksaan SPM tahun-tahun sebelum ini.

“Semasa ujian percubaan SPM lalu, anak saya tidak dapat menghabiskan semua kesemua kertas  ujian percubaan, apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sampai hari ini, ujian berkenaan tergendala begitu sahaja, bagaimanalah agaknya anak saya hendak berdepan dengan SPM pula,” katanya risau.

 Mohd Norong Rahman bersama anaknya, Nur Athira Batrisiah yang menduduki SPM 2020
Mohd Norong Rahman bersama anaknya, Nur Athira Batrisiah yang menduduki SPM 2020

Sementara itu, Mohd Norong Rahman, 43 pula mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dianggap membuat keputusan tergesa-gesa tanpa memikirkan masalah mungkin dihadapi ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

"Saya tertanya-tanya apakah  motif utama KPM yang membenarkan calon 'bercuti' selama 14 hari sebelum berlangsungnya SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atas alasan bersedia kendiri?.

"Apakah kaedah  menghentikan sesi persekolahan secara bersemuka bagi calon peperiksaan dalam tempoh 14 hari itu membantu pelajar SPM menjawab soalan?”, katanya kepada Getaran.

Terdahulu dalam satu pekeliling bertarikh 4 Februari lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon Peperiksaan SPM/SVM tahun 2020 akan berakhir pada 9 Februari ini.

Ia ditamatkan lebih awal bagi memberi ruang kepada calon membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula 22 Februari ini.

Untuk makluman, bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan, sebanyak 3,310 pusat peperiksaan SPM  disediakan di seluruh negara dengan mengikut  garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk proses disinfeksi dewan peperiksaan.

Semua pelajar juga perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum memasuki dewan peperiksaan, selain mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang tempoh menduduki peperiksaan.

Selain itu, calon yang didapati positif Covid-19 atau diarahkan menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat pesakit, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut.

Seramai 48,014 pengawas peperiksaan pula ditugaskan untuk menjaga SOP sepanjang tempoh peperiksaan yang dijadualkan berlangsung hingga 25 Mac.- Getaran, 23 Febuari 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad