web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Mengandung, Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 2:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.

Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.

"Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan 'live virus' dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan 'live virus', tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).

"Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

"Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu," katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.

Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19, beliau berkata orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

Beliau berkata vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.

"PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.

"Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin tersebut," katanya.

Niazlin berkata bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan tersebut dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.

Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad