web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapal Layar Milik Bekas Hartawan Perancis, Karam Di Pulau Langkawi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 1:13PM

Gambar yang diambil pada 4 Julai 1988 menunjukkan kapal layar Phocea yang dimiliki oleh Bernard Tapie. - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kapal layar yang pernah dimiliki hartawan Perancis, Bernard Tapie, karam berdekatan Pulau Langkawi selepas terbakar beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa memaklumkan, kapal Phocea, sepanjang 75 meter itu karam pada awal pagi Jumaat.

“Kami percaya ia karam dalam pukul lima atau enam pagi.

“Kami berjaya mengawal api tapi kerosakan pada badan kapal yang disebabkan oleh kebakaran, mungkin menyebabkan kapal itu karam,” kata pegawai maritim Mohamad Zawawi Abdullah kepada AFP.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mengesan punca kebakaran dan ejen yang bertanggungjawab terhadap kapal itu juga telah dimaklumkan.

Tujuh kru kapal telah diselamatkan pada Khamis.

Phocea dibina untuk kelasi berbangsa Perancis, Alain Colas pada 1976 dan dimiliki oleh Tapie pada 1980-an serta 1990-an.

Ia kemudiannya dijual kepada seorang hartawan wanita dari Lubnan pada harga 7.5 juta euro (RM36.7 juta), menurut laporan media.

Tapie adalah bekas menteri Sosialis yang namanya melonjak naik dari latar belakang yang sederhana sebelum membina empayar sukan dan media, tapi kemudian berdepan dengan masalah undang-undang.

Beliau memperoleh kekayaan pada awal kariernya dengan mengambil alih syarikat yang hampir muflis. Selain sebuah kapal layar, beliau juga membeli bolasepak. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Nahas Bot Penumpang Filipina: Korban Meningkat 26

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

7 Rakyat Malaysia Selamat, Kapal Pelancong Karam Di Indonesia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Rakyat Pulau Langkawi

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Gelaran Juara LtdL 2022 Milik Sosa

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad