web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelaran Juara LtdL 2022 Milik Sosa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 7:12PM

Tun Dr Mahathir Mohamad menyarungkan jersi kuning kepada Ivan Ramiro Sosa Cuervo. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Pelumba Colombia Ivan Ramiro Sosa Cuervo dinobatkan pemenang Jersi Kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.

Pada perlumbaan terakhir meliputi jarak 115.9 kilometer (km) mengelilingi Pulau Langkawi hari ini, Sosa mewakili pasukan Movistar Team merangkul jersi berkenaan selepas mempunyai kelebihan 23 saat di depan pelumba EF Education-Easypost, Hugh John Carthy dalam perebutan gelaran juara.

Sosa sekali gus menamatkan penantian pelumba Colombia dan benua Amerika Selatan meraih jersi kuning selepas kali terakhir dilakukan Julian David Arredondo (Team Nippo-De Rosa) pada 2013.

“Perlumbaan hari ini sangat laju dan kami sukar untuk mengejar namun pada akhirnya kami berjaya mendapat keputusan yang diinginkan.

“Ia penamat yang baik buat saya musim ini kerana dapat meningkatkan keyakinan untuk menempuhi musim baharu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pada perlumbaan peringkat kelapan juga kemuncak LTdL mengelilingi Pulau Langkawi, pelumba Burgos-BH, Alexander Molenaar muncul juara setelah mencatatkan 2 jam 25 minit 37 saat diikuti pelumba Alpecin-Deceuninck, Jason Osborne di tempat kedua sementara Juan Sebastian Molano Benavides dari pasukan UAE Team Emirates ketiga.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) unggul dengan dua jersi iaitu Jersi Merah selaku Raja Bukit milik Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang mengumpul 29 mata manakala Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia milik Jambaljamts Sainbayar.

Jersi Hijau selaku Raja Pecut diraih juara peringkat keenam, Erlend Blikra dari Uno-X Pro Cycling Team yang mengumpul 49 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Rakyat Pulau Langkawi

2

TARA 3 tahun yang lalu

Bercuti ke Pulau Dengan Bajet Mesra Poket

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Boleh Runding Harga, inDriver Tawar Perkhidmatan E-hailing ‘Tawar-Menawar’ Pertama

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Setahun Tertangguh, LIMA Kembali Beraksi Tahun Depan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad