web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boleh Runding Harga, inDriver Tawar Perkhidmatan E-hailing ‘Tawar-Menawar’ Pertama

Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan Real-Time Deals yang membolehkan pengguna menentukan dan merunding harga sesuatu perjalanan.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 10:40AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

inDriver, perkhidmatan e-hailing antarabangsa dengan lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, telah melancarkan perkhidmatannya di pulau pelancongan terkenal, Langkawi, Kedah.

Menariknya, inDriver menawarkan perkhidmatan Real-Time Deals (RTD) yang membolehkan pengguna menentukan dan merunding harga sesuatu perjalanan.

Fungsi ini juga membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan e-hailing pada kadar lebih berpatutan pada bila-bila masa.

Pengarah InDriver Asia Pasifik, Roman Ermoshin mengesahkan penawaran perkhidmatan RTD ini bermula di Langkawi.

“Langkawi ialah destinasi pelancongan yang terkemuka. Kami menjangkakan permintaan e-hailing akan meningkat seiring kemasukan pelancong tempatan dan antarabangsa ke pulau ini.

“Dengan pengenalan ini, pelancong dan penduduk tempatan boleh menikmati perkhidmatan e-hailing yang berkualiti dan berpatutan untuk keperluan pergerakan mereka,” ujar Roman.

Menariknya, inDriver merupakan aplikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan RTD ini. Pemandu bebas menerima, menolak atau berunding harga semula dengan permintaan pengguna.

Selain proses ‘tawar-menawar’ ini, pengguna juga boleh memilih perjalanan yang memenuhi keutamaan mereka berdasar kadar tambang, jangkaan masa ketibaan dan jenis kenderaan.

inDriver turut menyediakan fungsi keselamatan terkini termasuk pilihan berkongsi GPS dan perjalanan waktu nyata bersama kenalan di telefon pintar sepanjang menaiki inDriver.

Sekiranya situasi kecemasan berlaku, pengguna boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan menerusi satu butang kecemasan khas.

Buat masa ini, terdapat lebih 250 pemandu berdaftar di Langkawi. inDriver boleh dimuat turun di Google PlayStore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery. - Getaran, 17 Ogos 2022

Gambar: inDrive Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Rakyat Pulau Langkawi

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Gelaran Juara LtdL 2022 Milik Sosa

3

TARA 3 tahun yang lalu

Bercuti ke Pulau Dengan Bajet Mesra Poket

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Setahun Tertangguh, LIMA Kembali Beraksi Tahun Depan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN