Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Menara Kuantan Jadi Mercu Tanda Baru Bandaraya Kuantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 8:32AM

Menara Kuantan 188 menjadi mercu tanda baru di bandaraya Kuantan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Daun dan bunga pokok Teruntum putih banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan suatu ketika dahulu, menjadi inspirasi kepada reka bentuk anjung Menara Kuantan 188, di sini, iaitu menara tinjau kedua tertinggi di Malaysia. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inspirasi itu juga menyebabkan menara tertinggi di Pantai Timur itu terlebih dahulu dinamakan sebagai Menara Teruntum sebelum ditukar kepada Menara Kuantan 188 bersempena ketinggiannya 188 meter (m). 

Reka bentuk yang tegak dan profilnya yang tirus pula, menurut Wan Rosdy, adalah sebagai simbolik kepada persenjataan tradisional Melayu berupa hujung bilah lembing yang turut terdapat pada Jata Negeri. 

"Menara Kuantan 188 dari puncak bangunannya menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung, yang juga boleh menaiki lif kaca sehingga ke lantai pemerhatian pada ketinggian 92m untuk melihat pemandangan 360 darjah seluruh bandaraya Kuantan.

"Manakala aras tinjau terbuka pula membolehkan penggemar sukan lasak mencuba aktiviti seperti ‘skywalk’, pendakian tiang, serta terjunan berpandu atau ‘guided fall’," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Menara Kuantan 188 dan Jambatan Putra di perkarangan menara itu di sini, malam ini. 

Majlis perasmian itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang menerusi rakaman video yang dimainkan di skrin gergasi. 

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah diwakili anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang turut diiringi kekanda dan adinda baginda. 

Hadir sama Menteri Kanan (Kerja Raya) Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)  Baidzawi Che Mat dan barisan pentadbiran kerajaan negeri.

Selain itu, Wan Rosdy yang menyifatkan perasmian 'dua dalam satu' itu sebagai pelengkap kepada peristiwa bersejarah Pahang, iaitu pemasyhuran bandar raya Kuantan hari ini, juga bakal merancakkan industri pelancongan di sini sekali gus membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. 

Mengulas mengenai Jambatan Putra, Wan Rosdy berkata jambatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya itu siap pada September 2020 dan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan trafik di pusat bandar kerana menjadi alternatif dari Tanjung Lumpur atau Pekan ke pusat bandar dan Indera Mahkota.

Jambatan kedua yang merentangi Sungai Kuantan selepas Jambatan Tanjung Lumpur itu juga dijangka dapat memendekkan masa perjalanan antara 15 ke 30 minit dari Bandar Indera Mahkota dan Gambang ke Tanjung Lumpur. - Bernama

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Semasa 4 jam yang lalu

MKN, KPN Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 jam yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly