web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman Fitnah Eizlan Terhadap Hans Isaac Akan Dibicara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 3:55PM

Kes akan dibicarakan setelah Eizlan (kiri) dan Hans gagal mencapai penyelesaian melalui proses pengantaraan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap Datuk Hans Isaac  berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa bagi mendapatkan dana untuk syarikat produksi, Excellent Pictures Sdn Bhd (EPSAB), akan dibicarakan.

Peguam Datuk Shaharudin Ali, yang mewakili Eizlan, berkata mahkamah memutuskan perkara itu setelah kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian melalui proses pengantaraan.

Semua pihak dikehendaki memfailkan dokumen berkaitan praperbicaraan pada 18 Oktober, katanya dan menambah bahawa mahkamah belum menetapkan tarikh perbicaraan tetapi pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar ditetapkan pada 28 Oktober secara dalam talian.

Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa dihubungi selepas pengurusan kes hari ini yang dijalankan secara maya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li. Hans Isaac, 50, atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, diwakili peguam Isa Aziz Ibrahim.

Dalam pernyataan tuntutan difailkan pada 8 Feb lepas, Eizlan, 50, atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, mendakwa pada 9.13 malam, 16 Nov 2020, Hans Isaac telah menulis, mengeluar dan menyiarkan kata-kata fitnah dalam kumpulan “Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)” di aplikasi WhatsApp yang kemudiannya tersebar ke media sosial lain.

Persatuan itu mempunyai 200 ahli termasuk plaintiff dan defendan.

Eizlan mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau mengambil kesempatan terhadap kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas untuk mendapatkan bantuan dana secara tidak sah daripada kerajaan untuk EPSB, sedangkan beliau tiada kena-mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti.

Beliau mendakwa kenyataan Hans Isaac itu menyebabkannya kehilangan maruah, dihina dan dijauhi masyarakat umum.

Eizlan, antaranya, menuntut ganti rugi am sebanyak RM2 juta serta ganti rugi teruk dan teladan, faedah dan kos selain menuntut defendan membuat permohonan maaf.

Hans Isaac, dalam penyataan pembelaan difailkan pada 17 Mac lepas berkata dakwaan plaintif bahawa beliau tiada kena-mengena dengan EPSB adalah tidak benar.

Beliau berkata walaupun Eizlan tidak memegang sebarang jawatan atau saham di EPSB, namun beliau pernah berlakon dalam filem serta siri drama yang diterbitkan oleh syarikat itu.

Kenyataan kepada kumpulan WhatsApp tersebut, yang merupakan kumpulan tertutup dan sebarang informasi atau apa-apa perkara yang tersebar keluar daripada kumpulan itu adalah tanggungjawab pentadbir kumpulan, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 4 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad