web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Labuan Teruja Terima Vaksin, Tak Sabar Kembali Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 2:53PM

Seorang remaja menerima suntikan vaksin di Labuan, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Majoriti pelajar tingkatan 4 dan 5 di wilayah ini teruja dengan pemberian vaksin COVID-19 sebagai persiapan menjelang pembukaan sesi persekolahan pada awal Oktober.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, Amirah Nabila Araimi, 17 berkata, ia adalah antara perkara paling dinanti selama ini.

"Saya gembira dan bersyukur apabila mendapat suntikan vaksin memandangkan kami adalah golongan berisiko, apatah lagi dengan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka.

"Bila dapat vaksin, saya rasa mempunyai perlindungan dan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah bulan depan," katanya kepada Getaran, hari ini.

Amirah Nabila Araimi
Amirah Nabila Araimi

Amirah berkata, kesedaran untuk mengambil vaksin timbul apabila Labuan berdepan peningkatan kes COVID-19 Julai lalu.

“Saya lega kerana ibu bapa juga amat menggalakkan semua anak mereka mengambil suntikan berkenaan, biarpun ia bukan jaminan untuk kita tidak dijangkiti,” katanya.

Mohd Aizam Ahmad
Mohd Aizam Ahmad

Sementara itu, pelajar SMK Mutiara, Mohd Aizam Ahmad, 17, berkata, menganggap pemberian vaksin itu sebagai satu peluang untuk kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar.

Katanya, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadikan semangat untuk belajar menurun, apabila tidak berpeluang berinterasi secara langsung bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

"Sepanjang PdPR, saya rasa semangat belajar amat kurang dan apabila diumumkan sesi persekolahan dibuka semula ia memberikan satu semangat baharu kepada saya.

"Dengan vaksin COVID-19 ini, keyakinan untuk kembali ke sekolah semakin menebal,” katanya.

Pengambilan vaksin untuk golongan remaja itu dipersetujui ibu bapa, yang menganggap ia sebagai antara usaha bagi melindungi anak mereka.

Rahmah Idin, 43, berkata, beliau bersedia melakukan apa sahaja langkah yang dilihat efektif membantu keluarganya daripada dijangkiti virus berbahaya itu.

" Saya yakin vaksin ini mampu melindungi anak-anak kita daripada jangkitan COVID-19," katanya. - Getaran, 13 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad