web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afghanistan Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 2:03PM

Jurucakap Taliban, Abdul Qahar Balkhi - Gambar dari Twitter @FabianEberhard

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tampuk pemerintahan Taliban mahu kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dengan pemerintah Afghanistan yang baharu selepas konflik bertahun-tahun negara itu.

Dalam komen eksklusif kepada The Vibes, jurucakap Taliban, Abdul Qahar Balkhi berkata, sebelum ini dia tidak sedar akan ucapan tahniah daripada pemimpin PAS.

“Saya tidak sedar akan apa-apa pesanan daripada ahli PAS, tetapi kami mengalu-alukan dan berterima kasih kerana menunjukkan solidariti dengan rakyat Afghanistan dalam waktu peralihan ini,” kata Qahar.

Beliau turut mendakwa yang laporan dan kebimbangan mengenai rekod hak asasi manusia Taliban adalah propaganda semata-mata dan menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu ada kemusykilan terhadap Emiriyah Islam Afghanistan.

“Sudah terlalu lama banyak propaganda negatif disebarkan mengenai Taliban, yang telah memberi gambaran pihak kami terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia, semua dakwaan ini adalah palsu,” katanya.

Qahar, yang juga anggota Suruhanjaya Kebudayaan Taliban, tampil di hadapan media sedunia buat kali pertama sebagai seorang penterjemah ketika sidang media Taliban yang dipengerusikan oleh pemimpinnya, Zabihullah Mujahid pada 24 Ogos, berikutan pengambilalihan Kabul.

Beliau memberikan pendedahan global mengenai Taliban selepas temu bualnya bersama wartawan Al Jazeera, Charlotte Bellis dimuat naik ke media sosial pada 23 Ogos.

Pada 15 Ogos media telah melaporkan pejuang Taliban bukan sahaja telah mengambil alih hampir keseluruhan Afghanistan tetapi juga sedang mengepung Kabul.

Tentera Amerika Syarikat hanya berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, membantu rakyat Afghanistan dan pelarian barat melarikan diri daripada negara itu.

Beberapa hari selepas pengambilalihan Taliban, Mohd Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa dan Jawatankuasa Hubungan Luar PAS, telah memuat naik ucapan tahniah kepada kumpulan itu di laman Twitter sebelum memadamnya dua jam kemudian.

Khalil adalah anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada 25 Ogos lalu, Hadi sendiri mempertahankan Taliban daripada kritikan, menyatakan yang organisasi itu telah berubah, dan menggesa rakyat Malaysia untuk tidak termakan propaganda media barat.

Ke arah ketuanan undang-undang Islam

Mengenai hubungan antara Putrajaya dan “pentadbiran masa depan” Afghanistan, Qahar meluahkan harapan yang ia akan berlangsung dengan mesra, dengan negara yang dilanda perang itu memerlukan bantuan untuk pembangunan semula.

“Banyak yang boleh ditawarkan oleh kedua-dua negara kepada satu sama lain dan ia  akan membawa manfaat untuk kedua-dua negara mengukuhkan ikatan persaudaraan,” jelasnya.

Ditanya tentang pendekatan Taliban kepada pemerintahan dan juga bagaimana ia ingin menegakkan undang-undang serta menjaga keamanan, dari segi keagamaannya yang tegas, Qahar memberitahu ada beberapa perbezaan di antara Afghanistan dan Malaysia.

Mengulas mengenai Malaysia yang mengamalkan sistem hibrid undang-undang sivil dan syariah, beliau memaklumkan Afghanistan ingin menjadikan undang-undang Islam sebagai asas utama.

“Perbezaan di antara Malaysia dan Afghanistan ialah negara kami 99.7 peratus beragama Islam.

“Rakyat kami telah menolak segala jenis sistem politik dan berkorban untuk menegakkan ketuanan undang-undang Islam.

“Kami menentang empayar Britain, Kesatuan Soviet dan pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat kerana sebab ini,” kata Qahar. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran