web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Sendiri Puding Roti Santan Dan Mentega Kukus 

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Puding roti merupakan hidangan popular dalam kalangan penggemar pemanis mulut.  Biarpun asalnya hidangan ini dinikmati oleh ‘mat salleh’, ia amat dekat di hati rakyat Malaysia. Buktinya, menu ini paling mudah dicari di kaunter bufet hotel. 

Selain rasanya lazat, penyediaannya yang mudah mungkin menjadi faktor utama mengapa puding roti sentiasa menjadi pilihan ramai. Biasanya, ia dihasilkan daripada lebihan roti, telur, gula, susu dan rempah seperti kayu manis, buah keras, vanila, dan buah-buahan kering.

Di Malaysia, ia biasanya dihidangkan dengan kuah kastad.  Jika mahu menyediakan sendiri hidangan ini, apa kata ikut resipi yang disediakan oleh Ayam Brand ini. 

Resipi puding roti dan mentega kukus ini mudah disediakan. Boleh juga dinikmati bersama ais krim atau sos coklat.  

Bahan-bahan

  • 1) 250 gram mentega, dicairkan
  • 2) 10 keping roti hiris biasa, hiris separuh
  • 3) 4 biji telur
  • 4) 2 cawan kurma, buang biji dan dihiris
  • 5) 60 gram gula kastor
  • 6) 4 sudu besar kelapa parut goreng
  • 7) 1 sudu teh oren, diparut halus
  • 8) ½ sudu teh perasa vanilla
  • 9) 350ml santan Ayam Brand

 

Cara-cara Memasak

  1. Letakkan sedikit mentega dalam acuan dan kedua-dua belah kepingan roti.
  2. Susun lapisan pertama roti.  Taburkan separuh kurma dan separuh kelapa parut.
  3. Dalam mangkuk kecil, pukul telur, parutan kulit oren, gula, vanila dan santan. Tuang 1/3 campuran ke atas lapisan pertama roti.
  4. Seterusnya, letakkan lapisan roti yang berbaki. Taburkan baki kelapa parut dan kurma. Tuang telur yang telah dipukul.
  5. Tekan roti dengan perlahan sehingga ia terendam sepenuhnya.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 180 ◦C. Masukkan aduan ke dalam ketuhar. Gunakan pisau tajam atau lidi pencungkil gigi untuk memastikan ia tidak terlalu lembap atau terlalu kering
  7. Untuk dihidang, potong sedikit dan letak di atas pinggan dan tuang krim atau sos coklat segar. Selain itu boleh juga dinikmati bersama aiskrim perisa kegeman.

Selamat mencuba. - Getaran, 2 Ogos 2021

Kredit foto:  Ayam Brand™

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN