web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KJ Rasmikan Pelancaran Produk Minuman Terbaharu Tealive 

Serbuk minuman 3-dalam-1 daripada jenama teh gaya hidup ini menawarkan minuman teh susu, kopi dan coklat dalam bentuk pek kecil dan boleh dinikmati pada bila-bila masa

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2025 10:09AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman 3-dalam-1 pertamanya. 

Menampilkan variasi teh susu, kopi dan coklat, minuman pek kecil ini menawarkan rasa istimewa setanding kualiti kafe yang mudah dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Majlis pelancaran berlangsung semalam di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan pejuang inovasi dan keusahawanan tempatan. 

“Perjalanan Tealive dari kios ke kediaman bukan sekadar evolusi perniagaan, sebaliknya melambangkan evolusi budaya.

“Ini merupakan detik membanggakan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sekadar mengeksport produk, tetapi turut mengetengahkan gaya hidup dan identiti kita,” ulas Khairy.

Tambah Khairy, Malaysia memerlukan lebih banyak jenama produk tempatan yang berani memimpin demi masa depan ekonomi negara.

“Kita perlukan lebih banyak jenama tempatan seperti Tealive yang berani memimpin dengan rasa bangga dan autentik. Menyokong produk tempatan bukan sekadar soal patriotism,ia bermakna kita menyokong ketersediaan peluang pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi negara.

“Sudah tiba masa kita membuat pilihan dengan lebih bijak dan menyokong jenama yang sedang membentuk Malaysia masa hadapan,” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo menyifatkan pelancaran ini sebagai satu lagi langkah strategik untuk memastikan kelestarian jenama seiring perubahan gaya hidup yang mementingkan keselesaan dan kemudahan menikmati produk ini di rumah. 

“Kami mahu peminat Tealive dapat menikmati minuman kegemaran mereka di mana jua mereka berada. Rangkaian 3-dalam-1 ini merupakan cara kami membawa saat istimewa Tealive ke dalam rutin harian, sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja, atau ketika berehat di rumah.

“Pek kecil ini perlu menjadi lebih daripada sekadar rasa yang sedap. Ia mesti menghidupkan pengalaman ‘brewing positivity’ yang sinonim dengan Tealive.

“Sebab itu, kami beri tumpuan kepada pemilihan bahan berkualiti dan profil rasa yang setanding dengan apa yang pelanggan nikmati di cawangan kami,” ujar Loo.

Pek minuman ‘3-in-1’ ini boleh didapati secara eksklusif di pasar raya AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara, serta di dalam talian menerusi platform e-dagang bermula 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit mulai Julai.

Setiap kotak mengandungi lima hingga enam pek dijual pada harga RM12.90 setiap satu, dengan tiga jenis teh iaitu signature milk tea, matcha tea, dan teh tarik, tiga jenis kopi iaitu signature coffee, caramel macchiato, dan hazelnut coffee; dan tiga jenis coklat iaitu signature coco, dark chocolate, dan chocolate hazelnut. - Getaran, 6 Jun 2025

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi