web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dine With Chef 2025, Nostalgia Bertemu Inovasi Terkini

Langkahkan kaki ke dunia ‘Newstalgia’ pada Mei ini bersama cef ternama dari rangkaian hotel Hyatt di Kuala Lumpur serta cef master dari Poland, Singapura, Indonesia dan Malaysia

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2025 8:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mei ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur bakal menghidupkan semula suasana kulinari kota ini dengan kembalinya siri acara makan eksklusif, Dine With Chef 2025.

Bertemakan ‘Newstalgia: Memories Reinvented’, acara yang dinanti-nantikan oleh pencinta makanan ini merupakan satu penghormatan berani dan indah kepada citarasa yang membentuk kita, diolah semula melalui lensa gastronomi moden.

Ia menghimpunkan kerjasama eksklusif dengan cef tempatan dan antarabangsa yang terkenal dengan seni kulinari dan penceritaan mereka sendiri.

Masak Lemak Udang Galah Pucuk Paku oleh Cef Ayub
Masak Lemak Udang Galah Pucuk Paku oleh Cef Ayub

Diketuai oleh pasukan kuliner Grand Hyatt Kuala Lumpur, Dine With Chef tahun ini turut melibatkan cef dari Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang baru dibuka, serta Park Hyatt Kuala Lumpur dan Hyatt Regency Kuala Lumpur di KL Midtown yang bakal dilancarkan.

Tema tahun ini, ‘Newstalgia’ menyentuh emosi kenangan zaman kanak-kanak, di mana barisan cef mengolah semula hidangan yang membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dengan teknik progresif, gabungan budaya yang tidak dijangka, serta sentuhan mewah. 

Ia lebih daripada sekadar menghormati masa lalu, ia adalah meraikan masa kini dan tafsiran semula untuk masa depan. Setiap acara makan direka dengan teliti untuk membawa tetamu dalam perjalanan deria yang melangkaui rasa, menggabungkan suasana, interaksi cef dan padanan yang sempurna.

Dine With Chef adalah tentang menghormati identiti kuliner Malaysia yang meriah bersama tradisi kulinari antarabangsa terbaik sambil memberi kebebasan kepada cef kami untuk bermain dan bekerjasama,” ujar Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur, Olivier Lenoir.

“Apa yang mengujakan kami tentang Dine With Chef tahun ini ialah bagaimana ia membuka ruang untuk penceritaan. Kami bukan sekadar menyajikan hidangan, tetapi kami mencipta momen yang menghubungkan masa lalu dan masa depan dalam satu pinggan,” ujar Cef Eksekutif Grand Hyatt Kuala Lumpur, Grzegorz Odolak pula.

Pengembaraan Kuliner Di Hotel-Hotel Hyatt Di Kuala Lumpur

Para tetamu boleh menjangkakan menu kudapan moden, kerjasama satu malam sahaja dan sesi interaktif yang diketuai oleh cef yang meraikan inovasi dan nostalgia. 

Daripada pemandangan langit ikonik di THIRTY8 kepada suasana semi-al-fresco di POOLHOUSE, dan daripada suasana santai JPteres kepada ruang pop-up intim di Tingkat 5, Dine With Chef mengubah Grand Hyatt Kuala Lumpur menjadi perayaan penceritaan kulinari sepanjang bulan yang diketuai oleh Cef Eksekutif Grzegorz Odolak dengan kerjasama Cef Pastri Ali Saleh dari Park Hyatt Jakarta.

Strawberry Charlotte oleh Cef Kang
Strawberry Charlotte oleh Cef Kang

Tahun ini, siri ini juga melangkaui tempat utama untuk merangkumi Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang baru dibuka dengan Cef Eksekutif Vincenzo Carbone, bersama dengan pembukaan yang dinanti-nantikan Park Hyatt Kuala Lumpur dengan Cef Eksekutif Stig Drageide dan Cef Pastri Eksekutif Holger Deh serta menampilkan Cef Eksekutif Jonas Juchli dari Hyatt Regency Kuala Lumpur di KL Midtown.

Temui Cef Jemputan Newstalgia: Memories Reinvented

Setiap chef yang ditampilkan dalam Dine With Chef 2025 membawa cerita peribadi, perspektif budaya dan lensa kulinri unik ke meja. Hidangan mereka lebih daripada sekadar makanan, ia adalah memoir yang boleh dimakan, ekspresif, melangkaui batas dan berakar dalam identiti.

Spirit of Poland - Cef Mariusz Olechno, Cef Marcin Budynek Dan Chef Paweł Mieszała

Perayaan budaya dan sejarah Poland ini memperingati ulang tahun ke-234 Perlembagaan 3 Mei 1791 yang melambangkan kebebasan dan ketahanan.

Dengan kerjasama Kedutaan Poland di Kuala Lumpur, acara ini menampilkan tiga pakar kuliner Poland yang terkenal, mempersembahkan hidangan tradisional yang menceritakan kisah naratif sejarah Poland yang kaya melalui warisan kulinernya.

Cef Selebriti Malaysia - Florence Tan

Seorang legenda hidup dalam dunia kuliner Malaysia, Cef Florence Tan dari Melaka terkenal dengan karyanya sebagai sejarawan makanan, penulis dan penjaga budaya masakan Nyonya. 

Pendekatannya menggabungkan keaslian dengan keanggunan. Jangkakan rasa yang memikat dengan gabungan rempah-ratus yang berani dan elemen nostalgia yang ditenun melalui hidangan yang disusun dengan indah. 

Untuk Dine With Chef, beliau mempersembahkan menu Peranakan yang ditingkatkan yang meraikan warisannya dengan sentuhan halus.

Cef Makan Malam Peribadi, Malaysia - Nyonya Su Pei

Nyonya Su Pei dari Pulau Pinang secara senyap membentuk penghargaan baharu untuk masakan Nyonya yang asli melalui pengalaman kuliner intim yang dicari. 

Untuk Dine With Chef, beliau membawa sentuhan peribadinya ke pentas, menawarkan tetamu resipi warisan yang jarang dapat dinikmati kerana resipi ini biasanya disimpan untuk hidangan keluarga. 

Disediakan dengan penuh kasih sayang dan dipersembahkan dengan kemahiran moden, hidangan daripada Nyonya Su Pei menawarkan penghormatan tulus kepada masakan warisan dan wanita yang mewariskan resipi ini.

Firangi Superstar, Singapura - Chef Raj Kumar

Dengan semangat untuk meneroka kombinasi bahan yang luar biasa, Chef Raj Kumar membawa pengalaman kulinari India yang inovatif dan berani ke Kuala Lumpur, seperti yang telah diperjuangkan di restoran Firangi Superstar di Singapura.

Setiap minggu pada Mei bakal menampilkan pelbagai pengalaman kulinari yang unik. Daripada bufet makan tengah hari, minum petang eksklusif, sehinggalah ke sajian berbilang hidangan yang penuh drama. 

Poolhouse Signature Saffron Seafood & Chicken Paella oleh Cef Izmin
Poolhouse Signature Saffron Seafood & Chicken Paella oleh Cef Izmin

Untuk maklumat lanjut mengenai #DineWithChef2025 dan mengetahui senarai penuh acara, sila klik sini atau lawati laman web rasmi dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Untuk tempahan dan pertanyaan makan di Grand Hyatt Kuala Lumpur, sila e-mel ke [email protected] atau WhatsApp ke +60 12 621 9869.

Untuk tempahan di Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, e-mel ke [email protected] atau WhatsApp ke +60 12 628 9421.

Tempahan awal amat digalakkan kerana tempat duduk dijangka habis terjual dalam masa singkat. - Getaran, 30 April 2025

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN