web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangkaian Hotel Hilton Tampil Dengan Kempen‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’ Sempena Ramadan 

Kempen atau tema ini dipilih bagi menekankan kepentingan mengeratkan hubungan dan menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2025 1:15PM

Beef Cheek Asam Pedas antara hidangan menarik yang ditawarkan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian hotel Hilton di Malaysia tampil dengan kempen ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’ sempena meraikan kedatangan Ramadan kali ini. 

Para tetamu dijemput untuk bersama-sama keluarga, teman-teman, dan juga rakan sekerja bagi mencipta detik-detik bermakna melalui pengalaman kulinari yang disusun dengan teliti.

Kempen atau tema ini dipilih bagi menekankan kepentingan mengeratkan hubungan dan menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang. 

Melalui pelbagai tawaran menjamu selera yang menarik, rangkaian hotel Hilton menyediakan persekitaran yang sempurna untuk pertemuan yang menginspirasikan hubungan dan kebersamaan.

Jika anda salah seorang ahli Hilton Honors, untuk setiap tempahan, anda boleh menikmati diskaun sehingga 25 peratus dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025 (tertakluk kepada terma dan syarat). Jom lihat tawaran menjamu selera yang menanti di sebahagian rangkaian hotel Hilton di seluruh negara.

Hilton Kuala Lumpur

Tersedia di restoran Vasco, nikmati sajian pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa di mana bahan premium, hasil segar tempatan, dan resipi tradisional dipersembahkan dengan sentuhan moden.

Nikmati hidangan seperti ‘Lambassador’ Smoked Paprika Beef Shank, rendang hijau bebola bebiri Australia, asam pedas leher kambing Australia, rusuk pendek daging lembu Australia yang dipanggang perlahan dan dihidangkan bersama serunding kelapa dan sambal strawberi. 

Asam Pedas Leher Kambing Australia
Asam Pedas Leher Kambing Australia

Tidak ketinggalan pilihan makanan laut dan sashimi yang segar. Akhiri sesi menjamu selera dengan pelbagai pilihan menu pencuci mulut yang menyelerakan, termasuklah aiskrim durian Musang King dan bar ais krim premium.

Bufet Ramadan Showcase yang eksklusif ini berharga RM238 bersih untuk dewasa dan RM119 bersih untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Untuk tempahan, sila hubungi +603 2264 2264 atau e-mel ke [email protected].

Hilton Petaling Jaya

Restoran Paya Serai yang terkenal dengan keenakan hidangannya turut mengalu-alukan kehadiran tetamu untuk menjamu selera di sini. 

Antara menu yang menanti ialah tulang rusuk dimasak dengan sos buah dan jus prun, rendang daging dibalut dengan cendawan, kabsa kambing panggang, kari kepala ikan salmon, hirisan daging kambing dengan mentega pedas, asam pedas kaki kambing dan daging kepal rebus dengan bawang dan cili jeruk dalam kuah lemak cili padi.

Daging Kepak Masak Lemak Cili Padi
Daging Kepak Masak Lemak Cili Padi

Bufet makan malam yang tersedia dari 6 hingga 26 Mac ini berharga RM218 bersih untuk dewasa dan RM109 bersih untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan, sila hubungi +603 7955 9122, WhatsApp +6016 216 0414, atau e-mel ke [email protected].

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Bufet makan malam mewah di sini menampilkan pelbagai hidangan menawan selera seperti kambing dan ayam golek (tersedia pada hari Jumaat dan Sabtu), aneka makanan laut di atas ais, stesen umai segar, gulungan makanan laut gaya Malaysia, Kari Udang Mamak Chef Zul, ayam tandoori, murtabak, Udang Masala Chettinad dan barramundi kukus.

Kari Udang Mamak Chef Zul
Kari Udang Mamak Chef Zul

Tidak dilupakan pelbagai pencuci mulut seperti puding kurma medjoul, mousse teh tarik, serta kuih-muih tempatan.

Bufet ini berharga RM209 bersih untuk dewasa dan RM105 bersih untuk kanak-kanak (Ahad hingga Khamis), dan RM229 bersih untuk dewasa dan RM115 bersih untuk kanak-kanak (Jumaat hingga Sabtu) dari 7 hingga 30 Mac. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 2172 7272 atau +6012 290 4551 atau emel ke [email protected].

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside

Nikmati bufet Ramadan yang menyenangkan di Makan Kitchen atau Temenggor. Kedua-dua lokasi selera ini menampilkan pelbagai hidangan Malaysia dan antarabangsa. 

Antara hidangan istimewa termasuk tomyam udang, udang karang sambal hijo, ketam sambal gesek, sup gearbox meletup, salmon percik kepit buluh, kek mousse coklat teh tarik, rambutan trifle, dan profiterole durian.

Salmon Percik Kepit Buluh
Salmon Percik Kepit Buluh

Harga untuk Makan Kitchen bermula dari RM188 bersih untuk dewasa dan RM94 bersih untuk kanak-kanak manakala harga Temenggor adalah RM148 bersih untuk dewasa dan RM94 bersih untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 8890 0000 atau emel ke [email protected]

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Antara menu istimewa yang boleh dinikmati di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City adalah kerabu ketam bunga pucuk daun delima manis, kambing kerutup mak-mak, udang salai lemak belimbing buluh, dan otak-otak Rock Lobster yang lazat.

Udang Salai Lemak Belimbing Buluh
Udang Salai Lemak Belimbing Buluh

Maniskan pengalaman menjamu selera dengan hidangan durian yang menggiurkan seperti durian choux, ais krim durian goreng, dan kek onde-onde dengan pati pandan yang unik.

Peminat hidangan tradisional, jangan lupa puaskan selera dengan aneka lemang dari pelbagai negeri. 

Kumpulkan orang tersayang dan raikan semangat kebersamaan dengan pengalaman makan yang tidak akan dilupakan dengan bufet berharga RM198 bersih untuk dewasa dan RM99 untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 5650 0200 atau emel ke [email protected].

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Hotel ini memilih tema The Essence of Perak untuk Ramadan kali ini. Jadi inilah masanya untuk anda menikmati pelbagai hidangan Perak yang menjadi sebutan ramai. 

Untuk menyuntik rasa lebih mewah, setiap hidangan mendapat sentuhan moden dan diinovasikan tanpa mengabaikan keaslian rasanya. 

Antara yang menanti ialah rendang tok rusuk pendek salai, masak lemak cili api ayam kampung bersama rebung, Mongolian Lamb, sotong goreng tepung, dan briyani kambing, disertai dengan persembahan muzik tradisional dan pertunjukan bunga api pada hujung minggu.

Rendang Tok Rusuk Pendek
Rendang Tok Rusuk Pendek

Bufet berharga RM98 untuk dewasa dan RM49 bersih untukkanak-kanak pada hari bekerja, RM118 bersih bagi dewasa dan RM59 nett bagi kanak-kanak pada hujung minggu.

Untuk tempahan dan maklumat lanhut, sila hubungi +60 5684 3333 atau emel ke [email protected].

DoubleTree by Hilton Melaka

Nikmati bufet makan malam yang lazat dengan pelbagai hidangan istimewa seperti Ayam Bali Chef Nafis, Beef Cheek Assam Pedas, nasi lemuni solok lada salmon, rendang tok ekor, salad udang rambutan, nasi mandy kambing dan jemput-jemput durian.

Nasi Lemuni Solok Lada Salmon
Nasi Lemuni Solok Lada Salmon

Harga bermula dari RM158 bersih untuk dewasa, RM76 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak (6 tahun ke atas), manakala kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah boleh makan secara percuma. 

Untuk tempahan, sila hubungi +606 222 3333 atau emel ke [email protected]

DoubleTree Resort by Hilton Penang

Dari 7 hingga 29 Mac, nikmati iftar hujung minggu dengan pelbagai hidangan menyelerakan. Antara sorotan menu yang mesti dicuba ialah kambing golek kabsah, ayam bawang mamu, daging pesamah utara bersama pulut kuning, Nasi Kerabu Kak Dya, sotong goreng gergasi, mi goreng lambak, dan banyak lagi.

Ayam Bawang Mamu
Ayam Bawang Mamu

Bufet makan malam ini dijual pada harga RM138 bersih untuk dewasa, RM98 bersih untuk warga emas dan RM69 bersih untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Pada hari bekerja, harga ditetapkan pada RM118 bersih untuk dewasa dan RM59 bersih untuk kanak-kanak. 

Untuk suasana lebih intim, set menu juga disediakan di Makan Kitchen dari 2 hingga 6 Mac dan 23 hingga 27 Mac pada harga RM118 bersih untuk dua orang.

Untuk tempahan, sila hubungi +604 892 8000, WhatsApp +6012 381 7586 atau emel ke [email protected]. - Getaran, 8 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang