web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinnabon Perkenal Perisa Lotus Biscoff Dan Siri Minuman Baharu!

Siri Lotus Biscoff sempena musim perayaan ini terdiri daripada roti gulung kayu manis dan dua minuman lazat

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2024 9:12AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cinnabon Malaysia yang kini beroperasi di bawah payung AC Hesed Group, berbesar hati memperkenalkan Siri Lotus Biscoff sempena meraikan musim perayaan kali ini.

Barisan produk terbaharu ini adalah hasil kerjasama dengan Lotus Biscoff, dan ia terdiri daripada roti gulung kayu manis dan dua minuman yang lazat.

Jika anda salah seorang yang tidak pernah berkata ‘tidak’ pada hidangan berperisa Lotus Biscoff, Lotus Biscoff Cinnabon baharu adalah untuk anda. 

Ciptaan baharu ini menggabungkan roti gulung Cinnabon yang ikonik dan terkenal di dunia, dengan kekayaan karamel Lotus Biscoff. 

Cinnabon Malaysia telah mencipta frosting keju krim berperisa Lotus Biscoff, yang mengungguli roti gulung kayu manis klasiknya, bersama-sama dengan karamel mewah dan serbuk biskut Lotus Biscoff. 

Gabungan ini menjanjikan kepuasan tak terhingga dan sesuai dijadikan manisan untuk acara keluarga dan rakan-rakan.

Boleh didapati dalam saiz klasik dan mini, Lotus Biscoff Cinnabon bagaimana pun ditawarkan untuk masa terhad. Jadi, jangan berlengah-lengah jika tidak mahu kecewa. 

Bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera, Siri Lotus Biscoff juga hadir dengan dua minuman baharu yang mewahdengan rasa iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta®! 

Minuman ini menonjolkan rasa Lotus Biscoff yang istimewa dan menjanjikan pengalaman minuman yang penuh kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.

“Kami sangat teruja untuk membawakan rasa segar dan lazat ini kepada rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka menikmati pengalaman baharu untuk seisi keluarga.

“Dengan jumlah operasi yang semakin bertambah di seluruh Malaysia, kami berharap Cinnabon dapat mencipta pengalaman rasa terbaik untuk para penggemar, dan berharap semua orang dapat berkongsi lebih banyak detik-detik manis dengan kami,” kata Pengasas AC Hesed Group, Andy Chaw.

Siri Lotus Biscoff menyertai barisan kegemaran peminat Cinnabon Malaysia, termasuk Klasik, Chocobon dan Karamel Pecanbon. Anda juga boleh menikmati Roll-on-the-Go khas Cinnabon, minuman Classic Lemonade segar yang baru diperah, minuman berasaskan espreso dan tidak  ketinggalan blended Chillattas®.

Cinnabon kini beroperasi di The Exchange TRX, Nu Sentral, Sunway Pyramid dan IOI City Mall. Pembukaan cawangan baharu akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara. 

Waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Anda boleh ikuti Cinnabon Malaysia di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. - Getaran, 15 Disember 2024

Photo : Cinnabon Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN