web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marrybrown Edar Burger Ayam Percuma Sempena Rumah Terbuka Mb

100 pelanggan terawal di setiap cawangan berpeluang menikmati hidangan percuma itu dengan setiap pembelian hidangan Marrybrown

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 12:41PM

gambar Marrybrown

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam usaha menyebarkan kegembiraan dan meraikan semangat perayaan, rangkaian restoran Marrybrown mengumumkan penganjuran acara rumah terbukanya di seluruh negara. 

Dijadualkan pada Sabtu, 13 April ini, rumah terbuka itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati Burger Ayam Marrybrown secara percuma di semua cawangan Marrybrown.

Rebutlah peluang penjimatan ini bersama keluarga dan rakan-rakan, dan nikmati hari yang mengembirakan ini dengan penuh rasa syukur.

Inisiatif yang dibawakan oleh restoran pilihan ramai itu bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, merangkumi semangat kebersamaan dan penghargaan. 

Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa, burger ayam percuma ini hanya akan diberikan kepada 100 pelanggan terawal di setiap cawangan dan dengan setiap pembelian hidangan Marrybrown. 

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan, memaklumkan acara itu adalah salah satu cara pihaknya memberi kembali kepada Masyarakat yang telah menyokong mereka sepanjang tahun ini.

 "Dedikasi kami kepada masyarakat Malaysia melangkaui hidangan yang lazat. Ia mengenai perkongsian detik-detik kebahagiaan dan menempa kenangan abadi.

“Di hari raya ini, kami teruja untuk memberi kembali kepada masyarakat yang telah menyokong kami sepanjang tahun.

“Di Marrybrown, kami berada di sini untuk meraikan hari gembira ini,” ujar Chan.

Marrybrown menyampaikan jemputan hangat kepada semua rakyat Malaysia untuk mengunjungi cawangan Marrybrown terdekat mereka dan mengambil bahagian dalam perayaan Rumah Terbuka, bergembira dengan makanan yang enak dan kegembiraan bersama.

Marrybrown kini melayani jutaan pelanggan di lebih 500 cawangan di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila lawati https://marrybrown.com/ atau ikuti mereka di platform media sosial, Facebook: Marrybrown Malaysia, Instagram: Marrybrownmy dan TikTok : Marrybrownmy. – Getaran, 12 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN