Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Traders Hotel Pilihan Berbuka Puasa Bersama Teman-teman

Boleh pilih buka puasa secara bufet di Gobo Chit Chat, atau menjamu selera dengan set hidangan di Bara On Six

Selera Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:17PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mereka yang masih mencari masa dan lokasi untuk berbuka puasa bersama teman-teman sebelum pulang ke kampung halaman, anda masih punya masa untuk berbuat demikian. Jom berbuka puasa di Traders Hotel Kuala Lumpur!

Mengapa kami cadangkan hotel ini? Kerana ia mempersembahkan seleksi hidangan yang menyelerakan pada harga yang cukup kompetitif.

Tersedia sehingga 9 April 2024, Makan Malam Bufet Santapan Senja di Gobo Chit Chat hanya berharga berharga RM158 bersih untuk sdewasa dan RM79 bersih kanak-kanak pada hari bekerja. Manakala, pada hujung minggu ini ia tampil dengan harga diskaun RM160.20 bersih dewasa dan RM80.10 untuk kanak-kanak. Sebelum ini harga pada hujung minggu ialah RM178 dan RM89.

Manakala untuk set hidangan di Bara On Six, anda hanya perlu membayar RM88 bersih untuk seorang dewasa. Dengan harga ini anda boleh menikmati tiga hidangan yang terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.

Bufet makan malam Santapan Senja di Gobo Chit Chat tampil berbeza apabila ia turut mempersembahkan makanan Thai pada Ahad hingga Khamis dan masakan Timur Tengah pada Jumaat dan Sabtu selain seleksi makanan tradisi popular yang lain. 

Antara menu yang akan ditemui di sini ialah, kari laksa udang galah, asam pedas ikan pari, kambing golek, ayam penyet, sup gearbox, burung puyuh goreng, ketam goreng cili, makanan laut bakar, rendang daging dan pelbagai pilihan kuih-muih Melayu.

Masih diterajui oleh Chef Unaver V Unabia, bufet makan malam dari Traders Hotel Kuala Lumpur ini diyakini mampu memikat selera setiap pengunjung. Ini kerana Chef Unaver dan pasukannya telah berusaha menghasilkan barisan menu dengan teliti agar tetamu boleh tersenyum puas.

Bagi yang memilih untuk menjamu selera di Bara On Six, anda akan menikmati suasana berbuka puasa yang lebih intimasi. Jadi, bolehlah berbual dengan tenang atau raikan hari istimewa bersama teman-teman atau si dia yang tersayang. Selain itu, jangkakan letusan rasa yang membahagiakan deria rasa.

Antara menu yang menanti ialah mackerel ceviche, ayam dara bersama sos percik, rusuk kambing berempah bersama jus epal balsamik, kek span pisang dan banyak lagi.

Cenderahati Ramadan Raya

Sementara itu, bagi anda yang merancang untuk memberi cenderahati Ramadan dan raya kepada keluarga dan kenalan, mungkin anda boleh dapatkan ‘Koleksi Batik’ yang mempunyai pelbagai hidangan kegemaran iaitu biskut brownie flake, tart nanas, Almond London, kuih kapit kacang, dan juga kek batik.

Koleksi Batik ini yang berharga dari RM38 hingga RM90 ini boleh didapati di www.tradersklspecials.com hingga 9 April hadapan. Bagaimanapun, tempahan mestilah dibuat sehari lebih awal daripada tarikh pengambilan atau penghantaran. – Getaran, 5 April 2024

Foto : Traders Hotel Kuala Lumpur & Rahayu MN

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia