Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Asam Pedas London Sedia Menu Kampung, Ada Cabutan Bertuah Setiap Hari

Boleh berjumpa dan berbuka bersama-sama Pak Nil, malah ada peluang menang pelbagai hadiah menarik

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 1:24PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Restoran Asam Pedas London atau dahulunya dikenali sebagai Restoran Rumpun Selera kembali lagi dengan bufet Ramadan yang dinamakan ‘Kampung Selayang’  bagi meraikan kehadiran bulan mulia ini. 

Tahun ini, sekali lagi ia berkolaborasi dengan selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil bagi mempromosikan juadah berbuka puasa yang bertemakan masakan kampung ini.  

Dengan harga RM68 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak dan warga emas, di sini anda boleh menjamu selera dengan pelbagai pilihan menu yang memikat selera.

Kambing bakar dan makanan laut antara juadah yang terdapat di Asam Pedas London
Kambing bakar dan makanan laut antara juadah yang terdapat di Asam Pedas London

Bak kata Pak Nil, apa yang disajikan restoran berkenaan pada tahun ini amat berbaloi. 

“Ia malah boleh menandingi menu-menu yang disajikan di hotel-hotel ternama sekitar ibu kota dengan harga yang jauh lebih murah,” katanya.

Sesuai dengan namanya, bintang utama untuk sajian Ramadan ini sudah tentulah asam pedas periuk tanah yang terdiri daripada pelbagai pilihan protein seperti ikan kembung, daging, ayam, ikan pari dan telur ikan mayong.

Kuih-muih turut tersedia di Asam Pedas London
Kuih-muih turut tersedia di Asam Pedas London

Jangan pandang sebelah mata dengan menu ini, biarpun ia dinamakan sebagai Asam Pedas London, namun rasanya tidak kalah dengan Asam Pedas Melaka atau Asam Pedas Johor. Kalau tidak, masakan restoran yang sudah berusia lebih 20 tahun ini tetap menjadi pilihan penduduk setempat.

Bercakap kepada pihak media, Ketua Pegawai Operasi, Rumpun Selera Enterprise Sdn. Bhd (pemilik Asam Pedas London), Safnida Afiza memberitahu asam pedas yang tersedia di restorannya itu bukanlah disediakan oleh cef dari London atau pernah dijual di London, tetapi menggunakan resipi turun-temurun keluarga.

“Kita namakan Asam Pedas London kerana kita mahukan kelainan dan menjadi bualan ramai. Walaupun menggunakan resipi turun-temurun, penyediaan asam pedas ini memang sedikit berbeza dengan asam pedas yang lain. Kami tidak menggunakan asam keping, sebaliknya menggunakan hirisan epal hijau untuk mencipta rasa masam hidangan ini,” ujar beliau.

Stimbot pun ada di Asam Pedas London
Stimbot pun ada di Asam Pedas London

Menyentuh tentang kolaborasi dengan Pak Nil, Safnida memberitahu pihaknya mempunyai pengalaman yang baik apabila menjalinkan kerjasama dengan personaliti itu pada Ramadan tahun lalu, dan kerana itulah tahun ini Asam Pedas London sekali lagi menjemput Pak Nil untuk berkerjasama.

“Sejujurnya saya berasa sangat gembira dan berbesar hati apabila Pak Nil sekali lagi sudi untuk berkerjasama dengan pihak kami. Tahun lalu boleh dikatakan saban hari Pak Nil ada di restoran untuk berbuka puasa bersama-sama pelanggan. Dengan maklum balas yang positif, kami sekali lagi mahu Pak Nil untuk menjadi wajah bufet Ramadan ini, dan Pak Nil juga sudi,” tambah beliau. 

Bufet Kampung Selayang 2024 menyajikan lebih daripada 150 menu istimewa yang membuka selera. Berbeza dengan tahun lalu, bufet kali ini tampil dengan beberapa menu baharu seperti  kambing bakar, Omelette Thailand dan teh masala belanga.

Lain-lain menu popular yang masih disajikan ialah lauk-pauk kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, asam pedas, ayam percik, laksa johor, laksa utara, mee bandung, mee rebus, stimbot dan beberapa menu untuk kanak-kanak.  

Satu lagi tarikan yang menanti ialah pelanggan juga berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah yang diadakan pada setiap hari, sepanjang tempoh promosi bufet Ramadan ini. - Getaran, 17 Mac 2024

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

2

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

3

Selera 1 bulan yang lalu

Nikmati Roti Canai Gaya Baharu Dengan Rollti

4

Selera 2 bulan yang lalu

Bufet Ramadan ‘Selera Kampungku’  Di Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN