Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kuih Bakul Halal Resepi Asli Dikukus 16 Jam

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 4:38PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kuih bakul atau 'Nian Gao' menjadi antara menu wajib ketika perayaan Tahun Baharu Cina, malah tidak lengkap rasanya jika hidangan tradisi masyarakat Tionghua itu tidak disajikan terutama pada hari pertama perayaan.

Bagi Nur Farrah Diba Azhar, 34, peniaga kuih bakul dan kuih bulan di Bandar Perda, beliau bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional keluarga.

Sebelum membuka perniagaan itu enam tahun lalu, beliau terlebih dahulu berguru dengan mendiang datuknya, Teh Naik Ming dan jirannya, seorang wanita berketurunan Cina, menggunakan resipi asli untuk menghasilkan kuih bakul.

"Saya jual kuil bakul sepanjang tahun, namun ketika Tahun Baharu Cina mendapat permintaan yang tinggi iaitu sekitar 3,500 hingga 4,500 biji dan saya bukan sahaja jual di kedai di Bandar Perda di sini, malah di laman sosial terutama Tik Tok.

"Kuih bakul saya boleh pos ke seluruh negara dan juga Singapura, setakat ini kuih tersebut sampai dalam keadaan masih elok kepada pembeli, kerana ia boleh bertahan sehingga seminggu tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk," kata ibu kepada seorang anak lelaki ini kepada BERNAMA ketika ditemui di kedainya di sini.

Menceritakan proses pembuatan kuih bakul, Nur Farrah Diba berkata, proses pembuatan kuih tradisi masyarakat Cina itu sangat rumit dan tidak boleh lalai sedikit pun kerana jika tidak, kuih bakul yang dihasilkan akan berair dan tidak naik.

Katanya, untuk mendapatkan kuih bakul yang bermutu, beliau menggunakan ramuan daripada bahan semula jadi terutamanya daun pisang yang digunakan sebagai pembalut kuih bakul untuk menaikkan aroma asli kuih itu.

"Proses bermula dengan mengisar beras untuk menghasilkan adunan dan apa yang istimewa dengan resipi saya adalah terdapat campuran minyak kacang tanah yang dihasilkan oleh saya sendiri dan ia akan menjadikan kuih bakul lebih lemak dan sedap serta berkilat.

"Seterusnya adunan itu akan dikukus selama 16 jam iaitu bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam menggunakan dapur gas dan setiap hari kami hanya boleh menghasilkan sebanyak 200 biji kuih bakul sahaja," katanya.

Selain itu, menurut Nur Farrah Diba beliau tidak menggunakan acuan plastik sebaliknya menggunakan acuan besi bagi mengekalkan bau, rasa dan tekstur kuih bakul itu.

Beliau berkata, proses untuk menyiapkan sebiji kuih bakul memakan masa selama tujuh hari kerana perlu memastikan kuih bakul betul- betul kering, jika tidak ia akan menggalakkan kehadiran kulat, malah proses pembuatannya juga haruslah teliti dan bersih.

"Dari segi bancuhan dan adunan termasuk proses pembalutan adalah 100 peratus dilakukan sendiri, manakala pekerja hanya melakukan proses penyediaan barangan," katanya yang mempunyai empat pekerja.

Nur Farrah Diba berkata, dalam proses belajar membuat kuih adat itu, beliau bukan sahaja diberi tunjuk ajar dan resipi tetapi juga mengenai pantang larangnya yang beliau percaya ia adalah satu disiplin dalam pembuatan makanan tersebut.

"Contohnya jangan bercakap ketika membuat kuih sebenarnya mengajar kita fokus, jadi apabila kita fokus pembuatan kuih lebih teliti dan ketika menghasilkannya hati perlu tenang serta gembira," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu berkata, kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia harus dimanfaatkan dengan mendalami makanan masyarakat lain dan secara tidak langsung jelasnya, ia dapat mewujudkan semangat perpaduan melalui makanan.

"Niat utama saya belajar membuat dan menjual kuih bakul ini adalah untuk berkongsi kegembiraan ketika makan kuih masyarakat Cina, mungkin ada masyarakat Melayu yang ingin tetapi ragu-ragu dengan status halal kuih bakul.

"Jadi saya rasa ini peluang dalam perniagaan, sekali gus usaha menyatukan perpaduan melalui makanan," kata kakak kepada empat beradik itu yang turut mendapat sokongan mereka serta suaminya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN

Jelajah 11 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran