web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Sajian Itali Halal Di Positano Risto @ Publika, Kuala Lumpur

Mencari restoran yang menyediakan sajian asli Itali bebas alkohol sememangnya mencabar tetapi Positano Risto pasti memenuhi impian anda!

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 1:22PM

Linguini Ketam Lembut antara seleksi pasta yang ditawarkan di Positano Risto

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keenakan sajian Itali memang sudah diiktiraf dunia. Selain pizza yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, pelbagai hidangan pasta, sup, raviolo, risotto, roti-roti dan juga manisan Itali yang menjadi buruan penggemar makanan.

Namun, untuk mencari restoran yang menyediakan sajian asli Itali bebas alkohol adalah sedikit mencabar. Melihatkan permintaan tinggi kepada hidangan Itali halal dan kelompongan dalam jumlah restoran yang menyediakannya, Positano Risto mengorak langkah dengan membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada tahun 2018. 

Ziarah pertama pemilik restoran ini ke perkampungan Positano, Itali telah membuatkan Imran dan isterinya Kamilah jatuh cinta dengan segala-gala Positano; permandangannya yang memukau dan tentu sekali makanannya.

Pendek cerita, cinta mereka kepada Positano telah menzahirkan restoran sajian Itali halal pertama di Singapura pada tahun 2017 dan setahun kemudian, Positano Risto dibuka di Malaysia. 

Teruja kami melihat menu di Positano Risto @ Publika ini kerana semuanya halal. Sebagai pembuka selera, sup cendawan liar berkrim yang dihidang bersama minyak truffle dan roti bawang putih (RM26.95) sememangnya lazat bila digandingkan dengan sebakul roti segar (RM9.90). 

Ravioli Frittata
Ravioli Frittata

Ravioli Frittata (RM26.95), enam keping ravioli bayam berkeju goreng dengan sos arrabiata merupakan hidangan vegetarian yang kelihatan ringkas tetapi yang pasti, tidak mudah untuk dihasilkan. Sedapnya sampai tidak sanggup nak berkongsi dengan teman sebelah.

Rambang mata untuk memilih hidangan pastanya yang pelbagai. Linguini Ketam Kulit Lembut menjadi pilihan. Pasta Linguini digaul dengan sos bisque makanan laut dan dihadirkan dengan seekor ketam kulit lembut yang digoreng sempurna (RM58.95).

Risotto Makanan Laut, nasi Arborio Itali yang dimasak dengan sos bisque makanan laut dan dilengkapi dengan tomato segar, kupang, sotong dan udang harimau (RM49.95) juga sangat berbaloi dan memuaskan!

Pelanggan disediakan dengan banyak pilihan di dalam menu Positano Risto ini dan semuanya kelihatan menyelerakan. Steak, calzone, pizza, beef panino, chicken florentine dan banyak lagi.

Panna Cotta
Panna Cotta

Dan, kami mengakhiri lawatan kali dengan manisan Panna Cotta, puding berkrim yang cair di dalam mulut. Antara hidangan manisan lain yang ditawarkan Positano Risto ialah Tiramisu, Creme Brulee dan Cannoli.

Positano Risto @ Publika sesuai dikunjungi untuk hari-hari istimewa. - Getaran, 31 Januari 2024

Positano Risto @ Publika
Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, No. 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Buka Setiap Hari: 11 pagi – 10 malam

Artikel asal: mymuslimin.com

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia