web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merah Jambu Manis Menawan Buah Tangan Terbaharu Secret Recipe

Kek Strawberry Rose menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora yang lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 9:05AM

Strawberry Rose Cake

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daripada lagu Strawberry Swing dendangan kumpulan antarabangsa, Coldplay ke La Vie en Rose oleh Édith Piaf, dunia seni dan sastera meraikan cinta dengan buah strawberi dan bunga ros dalam nukilan lirik dan tajuk lagu, sajak serta puisi sejak dulu lagi. 

Strawberi dan ros sentiasa mendapat tempat istimewa dalam kalangan mereka yang mabuk asmara kerana dianggap cukup sempurna untuk menggambarkan keindahan dan kemanisan cinta. 

Kini pelopor cita rasa kek Malaysia, Secret Recipe, menggandingkan dua elemen ini dalam kek Strawberry Rose. Hasil ciptaan yang mengikat kasih dengan strawberi manis dan juga kelopak ros ini dijangka dapat memikat si penggemar pemanis mulut. Dari mata jatuh ke hati, terus dijamah ke dalam mulut. 

Kek Strawberry Rose dibuat dengan teliti dan sepenuh hati. Kek ini menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora yang lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar, telur, krim, tepung, dedak gandum, gelatin, krim putar dan biji labu, menghasilkan kenikmatan rasa idaman ramai.

Jika anda salah seorang yang tidak gemar dengan rasa manis melampau, kek ini adalah untuk anda. Ini kerana ia mempunyai gabungan rasa yang boleh ‘memotong’ rasa manis gula. 

 “Di Secret Recipe, kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman menjamu selera yang memenuhi cita rasa dan mengukir kenangan manis di dalam hati pelanggan.

“Hasil ciptaan ini merupakan cara kami menyemai kasih sayang dan mencetus keajaiban dalam hidangan yang lazat. Kami yakin bahawa perisa, aroma dan tekstur kek ini mampu merangsang emosi dan mencipta memori indah,” ujar Ketua Pemasaran di Secret Recipe, Evelyn Lee.

“Kami teruja untuk memperkenalkan kek ini, yang kami harap akan menambat selera pelanggan dan menjadi simbol keraian dan kasih sayang. Inilah jemputan kami untuk menikmati bukan sahaja kek atau manisan, tetapi kisah cinta yang tersendiri dalam setiap rasa,” tambahnya. 

Hasil ciptaan istimewa ini bakal memeriahkan sambutan pelbagai perayaan dan percutian. Boleh juga dijadikan hadiah sebagai tanda kasih kepada orang-orang tersayang, atau sebagai ganjaran bagi mereka yang inginkan sentuhan romantik ketika menikmati kek yang sedap berkrim. 

Kek Strawberry Rose boleh didapati di semua cawangan utama Secret Recipe di mana ia dijual pada harga RM98 sebiji dan RM11 untuk sepotong. Kek ini boleh didapati di semua cawangan di Semenanjung Malaysia. 

Lain-lain kek yang boleh didapati di Secret Recipe ialah Kek Absolute Durian, Onde-Onde, Sweet Potato, Carrot Yogurt Bliss, dan Boston Chocolate. 

Untuk maklumat lanjut tentang Secret Recipe, layari www.secretrecipe.com.my. - Getaran, 15 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN