web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hard Rock, Lionel Messi Berkolaborasi Lancarkan Sandwic Ayam Messi Baharu

Ia kini boleh dinikmati di semua cawangan Hard Rock Cafe di seluruh dunia dan Hard Rock Hotels terpilih melalui perkhidmatan makanan dalam bilik.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:00AM

Sandwic Ayam Messi menemui pelanggan bermula 13 Julai lalu - gambar Hard Rock International.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hard Rock International sekali lagi bekerjasama dengan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi untuk melancarkan menu terbaharu yang menggunakan nama beliau, ‘Sandwic Ayam Messi’.

Menggunakan slogan  ‘Dibuat Untuk Anda oleh Leo Messi’, sandwic ayam ‘gaya Milan’ baharu ini amat tepat dengan masanya iaitu ketika penyertaan bersejarah Messi dalam Major League Soccer.

Lebih penting lagi, ia turut melibatkan Florida Selatan yang merupakan tempat lahir rangkaian hotel ini, iaitu di Seminole Hard Rock Hotel Hollywood.

Bermula 13 Julai, penggemar makanan, peminat bola sepak dan sukan di seluruh dunia boleh memesan Sandwic Ayam Messi di lokasi Hard Rock Cafe yang mengambil bahagian dan Hard Rock Hotels melalui perkhidmatan makanan dalam bilik.

Mengulas tentang kerjasama terbaharu ini, Messi meluahkan keterujaannya kerana hidangan yang dihasilkan itu merupakan satu daripada makanan kegemarannya.

"Saya teruja untuk membawa citarasa dari negara asal saya ke seluruh dunia melalui pelancaran sandwic ayam yang saya sendiri ilhamkan. Ia merupakan antara makanan kegemaran saya iaitu ‘Milanesa’."

"Tiada rakan kerjasama yang lebih baik daripada Hard Rock International yang dapat merealisasikan menu ini. Seperti mana-mana rakan pasukan yang hebat, Hard Rock telah bersama saya melalui pelbagai pencapaian bersejarah dan saya tidak sabar untuk menyaksikan peminat di seluruh dunia merasai satu daripada makanan kegemaran zaman kanak-kanak saya, yang masih membuatkan saya berasa seperti berada di rumah sendiri walau di mana jua berada," ujar sensasi bola sepak dan ikon antarabangsa terkenal dunia itu.

Ikon bola sepak dunia, Lionel Messi - gambar Hard Rock International
Ikon bola sepak dunia, Lionel Messi - gambar Hard Rock International

Sandwic Ayam Messi diilhamkan daripada Milanese, makanan ruji rakyat Argentina kegemaran Messi. Kehebatannya datang dalam pelbagai bentuk dan ia dibuktikan oleh kelazatan serta kerangupan dada ayam gaya Milan, yang dihiasi dengan keju provolon cair dan aioli berherba.

Digandingkan dengan tomato segar dan arugula, ia menghasilkan letusan rasa yang cukup menggagumkan pada setiap kunyahan. Sandwic Ayam Messi ini dihidangkan di atas bun atau roti artisan yang dibakar dan sempurna.

"Leo Messi bukan sekadar seorang atlet dan ikon budaya terhebat di planet ini, beliau juga merupakan seorang duta yang amat sejajar dengan nilai kami sebagai sebuah organisasi.”

"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan seseorang yang mengambarkan semangat juara dan semangat untuk meraih kemenangan dalam semua aspek kehidupan profesional dan peribadinya, malah kami juga tidak sabar untuk menyambut kedatangan beliau ke AS sebagai sebahagian daripada keluarga besar Hard Rock kami," ujar Pengerusi Hard Rock International, Jim Allen.

Untuk mendapatkan butiran lengkap dan mengetahui lebih lanjut tentang kempen "Greatness Happens Here" (Kehebatan Berlaku Di Sini), sila layari https://news.hardrock.com/. - Getaran, 18 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia