Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Lagi Pilihan Untuk Berbuka Puasa di Resorts World Genting

Bercuti ke Genting Highland pada bulan Ramadan mungkin menjadi pilihan sesetengah orang. Jadi, jangan risau tentang lokasi berbuka puasa di sana. Ada banyak yang menanti.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2023 12:24PM

Resort World Genting sebenarnya mempunyai banyak lagi pilihan untuk berbuka puasa - Gambar Rahayu MN dan Resort World Genting

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini Getaran ada berkongsi tentang hidangan ‘Setalam Ramadan’ yang tersedia di Medan Selera, Tingkat G, SkyAvenue, Genting Highland untuk berbuka puasa seandainya bercuti ke sana dalam tempoh berpuasa ini.

Bagaimanapun, Resorts World Genting sebenarnya mempunyai banyak lagi pilihan untuk berbuka puasa. Nikmati pengalaman gastronomi memikat selera di ketinggian 6,000 kaki dari paras laut!

Tahun ini tempat peranginan ini fokus untuk mengembalikan nostalgia hidangan klasik Melayu,yang sentiasa memikat cita rasa orang ramai sejak dulu lagi. Oleh itu, bagi yang tercari-cari hidangan menarik dan kecur liur untuk berbuka puasa, jom semak tujuh lagi pilihan yang ada di Resorts World Genting.

 

1) Jom Makan Awana, Resorts World Awana

Aneka jenis lauk-pauk - Gambar oleh Rahayu MN
Aneka jenis lauk-pauk - Gambar oleh Rahayu MN

Ini adalah pilihan berbuka puasa yang pertama untuk Getaran. Sebabnya, seleksi menu yang ada sangatlah memikat mata dan selera. Di sini anda boleh mengambil masa selama yang mungkin itu menikmati setiap juadah yang disediakan oleh pasukan cef yang berpengalaman. 

Selain ada kambing bakar, sate, nasi ayam, dan lauk-pauk Melayu, terdapat juga menu istimewa yang mesti anda cuba iaitu asam pedas buluh yang membangkitkan aroma istimewa. Ada asam pedas sotong dan ikan pari.

Asam pedas buluh - Gambar oleh Rahayu MN
Asam pedas buluh - Gambar oleh Rahayu MN

Selain itu, ada juga aneka sup yang lengkap dengan sambal kicap pedas. Sup gearbox mungkin pilihan terbaik kerana bukan mudah mencari yang sedap, yang dagingnya lembut berderai. 

Sebelum mengakhiri sesi jamu selera, jangan lupa ke kaunter kuih-muih. Pasti ada yang menarik minat. Kuih-muih yang ada di sini bukan ditempah atau disediakan oleh vendor luar, tetapi semuanya adalah hasil dari dapur hotel ini sendiri. 

Antara pilihan kuih yang disediakan - Gambar oleh Rahayu MN
Antara pilihan kuih yang disediakan - Gambar oleh Rahayu MN

Bufet Ramadan ini bermula dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam, dan ia berharga RM128 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. 

 

2) Jom Makan, Tingkat 4, SkyAvenue

Nasi Beriani
Nasi Beriani

Lokasi selera yang menghimpunkan pelbagai premis popular ini hadir dengan set nasi tomato sebagai taruhan Ramadan kali ini. 

Pengunjung boleh menikmati hidangan yang bersaiz besar, dilengkapi dengan kurma dan seketul ayam yang terdiri daripada tiga pilihan iaitu ayam masak merah, ayam goreng berempah, dan ayam panggang madu. Tidak ketinggalan, segelas minuman menyegarkan.

Setiap set berharga RM32 dan ia boleh dinikmati bermula jam 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam. Ini bermakna, mereka yang bukan beragama Islam juga boleh sama-sama menikmati hidangan menyelerakan ini. 

 

3) The Olive, Lobi, Genting Grand

Nasi tomato dengan ayam merah, jelatah timun, papadom, dan dalcha kambing - Gambar oleh Rahayu MN
Nasi tomato dengan ayam merah, jelatah timun, papadom, dan dalcha kambing - Gambar oleh Rahayu MN

Untuk yang menginap di Genting Grand, nikmatilah pengalaman kulinari yang penuh inspirasi di The Olive yang hanya berada di lobi hotel. Restoran yang tampil dengan dekorasi menawan ini menjanjikan suasana menjamu selera yang tenang dan selesa. 

Pilih salah satu set makanan tradisi Melayu yang menjadi kegemaran. Ada set nasi tomato dengan ayam merah, jelatah timun, papadom, dan dalcha kambing, dan juga nasi minyak yang dihidangkan bersama ayam percik, acar timun, dan dalca kambing. Kedua-dua set ini turut disertakan dengan minuman penghilang dahaga. 

Nasi Minyak - Gambar oleh Rahayu MN
Nasi Minyak - Gambar oleh Rahayu MN

Percayalah dengan saiz hidangan yang mewah anda tidak akan menyesal membayar RM68 untuk setiap set. Hidangan enak ini boleh dinikmati hingga 11:00 malam.

 

4) The Bakery, Lobi, Genting Grand 

Bihun bungkus
Bihun bungkus

Anda juga boleh singgah ke The Bakery dan menikmati ‘Probably the BEST Nasi Lemak’ di Genting jika lebih gemar berbuka puasa dengan sesuatu yang lebih ringan. Makanan yang tidak boleh dipisahkan dari rakyat Malaysia ini disajikan dengan buah kurma, air sirap bandung dan hanya berharga RM20! 

Selain itu ada juga hidangan kombo bihun bungkus. Kedua-dua set ini boleh didapati dari 23 Mac hingga 30 April hadapan. 

 

5) The Junction, Lobi, Hotel First World

Set murtabak
Set murtabak

The Junction menawarkan pelbagai pilihan hidangan lazat pada setiap hari dari hanya RM22 bersih! Sama ada ingin menjamah nasi dengan ayam percik atau menyiram nasi anda dengan kari daging berkrim, The Junction tidak akan menghampakan anda. 

Set nasi tomato
Set nasi tomato

Ada set nasi hujan panas kari daging, set nasi tomato, set nasi beriani, set nasi ayam percik dan set murtabak, semuanya didatangkan dengan kuih melayu, buah kurma dan minuman.

Selamat menjamu selera! - Getaran, 5 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Berbuka Puasa, Beramah Mesra Dengan Komuniti Islam Di Hainan

3

TARA 1 tahun yang lalu

4 Lokasi Berbuka Puasa Yang Berbaloi Dicuba!

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Berbuka Puasa Bersama Rakyat Malaysia Di Jeddah

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 23 jam yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Gaya 4 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

oleh Rahayu MN