Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Yang Suka Pedas, Cabar Deria Rasa Anda Dengan Perisa Paling Menyengat!

Vusa Xxhot mewah dengan rasa, pedas dan pastinya mengundang debaran kepada mereka yang berani mencuba! 

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 6:00PM

Terbanglah ke mana pun, makanan pedas tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia. - Gambar ihsan Nando's Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan makanan pedas. ‘Terbanglah’ ke mana pun, makanan pedas tetap menjadi pilihan. Kerana itulah banyak lokasi selera yang tidak pernah jemu memperkenalkan hidangan ‘super’ pedas untuk dinikmati oleh mereka yang menggemarinya.

Terbaharu, Nando’s Malaysia melancarkan perisa edisi terhad serba baharu yang paling pedas dan menyengat dalam menunya. 

Gambar ihsan Nando's Malaysia
Gambar ihsan Nando's Malaysia

Ucapkan hello kepada Vusa XXHot yang berada pada tahap tertinggi kepedasan PERi-ometer Nando’s yang anda kenali dan gemari sebelum ini. Ya, ia lebih pedas daripada perisa Extra Hot dan sudah pastinya memberi sensasi rasa yang bukan kepalang.

Sejak tahun 1998, rakyat Malaysia menggemari Nando’s kerana hidangan ayam PERi-PERi yang enak dan menyengat, selain  keselesaan dan suasana penuh warna-warni dan meriangkan diinspirasikan kepelbagaian budaya Afrika Selatan yang juga negara asal Nando’s.

Pada masa sama, Nando’s berkongsi rasa kasih sayang dengan peminat-peminatnya di Malaysia dengan sentiasa mempertingkatkan pengalaman menjamu selera di rangkaian restorannya serta sentiasa berinovasi dengan resipi-resipi kegemaran ramai. 

Antara menu baharu yang turut diperkenalkan. - Gambar ihsan Nando's Malaysia
Antara menu baharu yang turut diperkenalkan. - Gambar ihsan Nando's Malaysia

Sebab itulah perisa atau hidangan edisi terhad sentiasa berada di menu (dan ada kalanya menjadi sajian tetap Nando’s!). Vusa Xxhot mewah dengan rasa, pedas dan pastinya mengundang debaran kepada mereka yang berani mencuba! Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bukan ‘penagih’ makanan pedas.

Dalam bahasa Zulu, Vusa membawa maksud ‘keseronokan dan api’, oleh itu anda boleh bayangkan sendiri bagaimana perisa terbaharu ini boleh membawa sensasi rasa anda ke tahap yang mungkin tidak pernah dialami sebelum ini. 

Vusa XXHot diperbuat menggunakan resepi tradisional yang memaparkan kombinasi cili padi Afrika, lemon dan bawang putih. Pada setiap gigitan, anda boleh merasai kepedasan dan keenakan serta semangat keberanian rakyat Afrika.

Chai Hui Fung - Gambar ihsan Nando's Malaysia
Chai Hui Fung - Gambar ihsan Nando's Malaysia

“Kami amat berbangga dan gembira melihat rakyat Malaysia menggemari rasa enak ayam Nando’s. Sama ada ia pilihan lemon & herb, extra hot atau yang di antaranya, pasti terdapat sajian enak yang boleh dinikmati oleh segenap usia di restoran Nando’s.”

“Kali ini, kami berhasrat untuk menaikkan lagi kehebatan rasa menerusi Vusa XXHot yang juga perisa paling pedas dan menyengat.

“Kami tahu bahawa rakyat Malaysia amat menggemari hidangan pedas serta enak, oleh itu kami percaya perisa edisi terhad ini akan memberikan kekayaan rasa kepada setiap pelanggan.

“Apa yang boleh saya katakan, bersedialah untuk merasai kehebatan rasa Vusa XXHot ini!,” ujar Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia, Chai Hui Fung.

Jangan lepaskan peluang untuk menguji tahap kepedasan Vusa XXHot Meal!  Ia kini  boleh didapati di semua rangkaian restoran Nando’s sehingga 4 September 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com.my atau ikuti Nando’s Malaysia di akaun media sosial mereka @nandosmy. - Getaran, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran