Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Hidangan Mesti Cuba Di Santapan Warisan

Teringin berbuka puasa dengan masakan tradisional yang lazat dan menyelerakan? Anda boleh cuba cadangan Rahayu MN minggu ini.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 4:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Ramadan tahun ini, New World Hotel Petaling Jaya tidak ketinggalan menyediakan bufet Ramadan yang menjanjikan pelbagai sajian membuka selera. Dengan tema ‘Santapan Warisan’, terdapat ratusan sajian yang berkonsepkan masakan tradisional kesukaan ramai.

Diterajui Chef Eksekutif, Tan Tik San dan pasukannya yang mahir telah menyusun set hidangan lazat dan menyelerakan untuk membangkitkan selera anda melalui warisan perisa di Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi. 

Antara menu istimewa yang tersedia di sini ialah kambing golek, sate, nasi beriani, makanan laut bakar, bubur lambuk, ulam-ulaman dan juga pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai kuih-muih Melayu yang menambat selera.

Sate
Sate

Dek terlalu banyak menu yang tersedia, Getaran mencadangkan lima hidangan yang mesti anda cuba. Senarai ini merupakan pilihan kami yang sempat menikmati bufet ini pada permulaan Ramadan lalu.

1) Sup tulang rawan

Hidangan ini memang berbaloi untuk dinikmati. Sama ada dihirup begitu sahaja, mahupun dengan sepinggan nasi putih. Ramuan sup membangkitkan selera dan yang paling penting, daging lembu dimasak sempurna. Lembut dan berjus!

'Grilled lamb leg'
'Grilled lamb leg'

2) Kambing Golek

Kambing golek merupakan hidangan yang sentiasa menjadi buruan ramai. Satu perkara penting yang mesti ada pada hidangan ini ialah, dagingnya perlu dipanggang sempurna dan tidak berbau hamis. Kedua-dua perkara itu ada pada hidangan kambing golek di sini, jadi rasakan kesempurnaannya di sini!

3) Lauk-pauk Melayu

Ada tiga menu yang paling menarik iaitu asam pedas ikan pari, rendang ayam dan ketam masak cili padi. Ketiga-tiga menu ini punya rasa memikat dan ada ciri-ciri tradisional. Secukup rasa.

Ketam masak cili padi
Ketam masak cili padi

4) Rojak buah

Hidangan yang satu ini hanya akan sempurna jika buah-buahan yang digunakan masih segar dan pes rojaknya menjadi. Jika tidak, pasti ia hambar. Di sini, hidangan ini lulus cemerlang. Buahnya segar, kuahnya enak, lengkap dengan kacang tanah.

5) Kuih-muih tradisional dan gorengan

Jangan lupa jenguk kaunter manisan. Ada kuih seri muka, onde-onde, kuih lapis, pulut panggang, cara berlauk, ketayap, akok, kek pandan gula melaka, kek red velvet dan banyak lagi. Tidak dilupakan gorengan seperti cempedak, pisang, keledek dan cucur. 

Aneka kuih tradisional
Aneka kuih tradisional


Bufet ‘Santapan Warisan’ dihidangkan di dua tempat berbeza, iaitu di Pasar Baru dan Grand Ballroom.

Harga yang ditawarkan juga berbeza. Jika memilih untuk menjamu selera di Pasar Baru, harga yang ditetapkan ialah RM148 untuk dewasa. Sementara bufet di Grand Ballroom berharga RM98 untuk dewasa.

Untuk menghidupkan suasana berbuka puasa, terdapat kumpulan Ghazal yang menghiburkan pengunjung sepanjang makan malam.

Rendang daging
Rendang daging

Selain itu, hotel ini juga akan mengadakan cabutan bertuah untuk tetamu yang berbuka puasa di sini. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi pada setiap minggu, termasuklah hadiah eksklusif penginapan percuma. 

Jika anda mahu menghabiskan masa merehatkan diri di hotel, anda boleh menempah pakej bilik eksklusif dengan harga bermula dari hanya RM410++ semalam termasuk sarapan atau sahur, bufet makan malam ‘Santapan Warisan’, parkir dan WIFI percuma.

Untuk tempahan, anda boleh emailkan ke [email protected]. Selain itu, anda juga boleh layari www.petalingjaya.newworldhotels.com untuk maklumat lanjut. - Getaran, 18 April 2022

Gambar : New World Hotel Petaling Jaya / Rahayu Mat Nah

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi