Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu ini

Kami kongsikan perkembangan terbaharu tentang aneka jenama makanan di Malaysia.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 10:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar selera bersempena bulan Ramadan kali ini kami paparkan menu enak bertema “Kenangan Terindah” daripada Grandmama’s, hidangan buffet daripada restoran Villa Zamara, Kempen Goodday Berkat Sepakat serta menu set istimewa Baker's Cottage.

“Kenangan Terindah”, Grandmama’s

Sempena bulan Ramadan, restoran Grandmama’s yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil dan Kuala Lumpur menyediakan hidangan berbuka puasa yang diberi nama “Kenangan Terindah” bermula 3 April hingga 8 Mei 2022. 

Mereka menyediakan beberapa pakej set berbuka puasa dengan citarasa menu masakan nyonya. 

Antara menu yang menjadi tumpuan adalah ikan siakap asam pedas yang digoreng terlebih dahulu sebelum dicurahkan dengan kuah asam pedas menggunakan pes buatan restoran ini sendiri. 

Ia diserikan lagi dengan beberapa lauk seperti ayam berempah, daging kambing masak kicap, ayam madu, udang masak merah, kuih muih tradisional dan macam-macam lagi.

Malah Grandmama’s juga menawarkan beberapa menu makanan dalam bentuk sejuk beku yang siap dimasak seperti kari daging, sambal ikan bilis dan banyak lagi yang sesuai untuk dijadikan hidangan ketika bersahur. 

Restoran ini menawarkan sajian set 7 hidangan (3-4 orang, RM168), set  8 hidangan (5-6 orang, RM248) dan set 9 hidangan (7-8 orang, RM358). 

Kesemua masakan dihasilkan oleh cef Mohd Dahar Abdullah yang sudah berpengalaman sekitar 31 tahun dalam industri masakan.

Buffet Ramadan Villa Zamara

Restoran Villa Zamara pula menawarkan hidangan buffet Ramadan yang menarik. Terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, persekitaran berbuka puasa di sini tidak seperti di hotel-hotel.  

Villa Zamara menyediakan tempat makan yang berkonsepkan ruang terbuka dan mempunyai suasana taman ala-ala Bali. 

Ia juga menyediakan dua buah bilik penghawa dingin yang dikhaskan buat pengunjung yang ingin membuat majlis berbuka secara intim atau lebih peribadi. 

Mampu menempatkan seramai 432 orang, pelbagai hidangan yang disediakan kepada pengunjung yang berhasrat untuk berbuka puasa ala buffet. 

Terdapat beberapa jenis hidangan yang ditawarkan antaranya makanan laut yang dimasak dengan cara sajian Arab, Cina,  India, dan juga masakan Melayu kampung. 

Antara yang menjadi tumpuan adalah daging masak lada hitam, kerabu mangga, kambing golek dan aneka masak lemak yang dibuat dengan resipi sendiri pemiliknya. 

Tidak ketinggalan adalah pencuci mulut seperti roti jala, cucur udang, bubur kacang hijau, pengat pisang dan banyak lagi. 

Tambahan pula, sempena bulan Ramadan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, Villa Zamara juga mempersembahkan persembahan kugiran secara langsung yang mendendangkan lagu-lagu klasik sambil anda berbuka puasa. 

Harga promosi yang ditawarkan untuk para pengunjung ialah RM78 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak.

Kempen Goodday Berkat Sepakat

Susu Goodday akan menganjurkan “Kempen Goodday Berkat Sepakat” yang bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Ia menggalakkan orang ramai untuk menghulurkan bantuan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. 

Dengan kerjasama beberapa stesen radio swasta, kempen ini menyediakan aneka perkhidmatan buat golongan kurang mampu seperti pemotongan rambut, pemberian pakaian, pemeriksaan kesihatan yang banyak lagi. 

Dalam masa yang sama, pemberian barangan keperluan dapur untuk berbuka puasa juga diberikan oleh ahli komuniti yang mengambil bahagian menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Tarikh dan lokasi pelaksanaannya akan diadakan pada 9 April  di Lembah Klang (Dewan Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor), 16 April di Selatan (Dewan Serbaguna Kundang Ulu, Johor) dan 23 April 2022 di Pantai Timur (Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan) sepanjang bulan Ramadan.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli sukarela, menyumbang barangan atau kemahiran berdasarkan perkhidmatan yang disediakan layari pautan ini untuk mendaftar. 

Berterawih Selepas Menikmati Citarasa Nusantara Royale Chulan Damansara

Citarasa Nusantara adalah tema untuk bufet berbuka puasa tahun 2022 di Royale Chulan Damansara. Tahun ini, mereka memberi tumpuan kepada masakan tradisional citarasa nusantara. 

Para tetamu disajikan dengan lebih 200 jenis aneka juadah yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chef Abd Rahim Awang. Di antara menu istimewanya adalah kambing golek, ayam panggang mutiara, aneka sup, serawa durian dan pelbagai jenis hidangan yang lain. Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan nyayian dari Kumpulan Ghazal Harmonika Perdana dan boleh menunaikan solat tarawih bersama Imam Aliff setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Di samping itu, hotel juga menyediakan 15 gerai masakan langsung dan juadah pencuci mulut yang enak.

Para pengguna kad debit dan kredit Affin Bank dapat menikmati diskaun istimewa RM98nett seorang (dewasa) Harga biasa Rm128Nett.

Promosi ini bermula dari 7 April sehingga 2 Mei 2022 dan dijual pada harga RM128.00 nett (dewasa) RM98 nett (warga emas) RM68nett (kanak-kanak 4-10 tahun)

Untuk tempahan, sila hubungi 016 220 0397 | 03 7959 9000

Promosi Istimewa Baker’s Cottage

Sebagai penutup, bagi pengunjung yang ingin berbuka puasa dengan harga berbaloi dan menjimatkan wang, anda boleh mencuba pakej set makanan di Baker’s Cottage yang berharga serendah RM39.99 sahaja. 

Set tersebut termasuk seekor ayam panggang (barbeku atau lada hitam), dua jenis kek (tiramisu dan coklat), dua mangkuk nasi serta sebotol minuman ringan. Untuk maklumat lanjut mengenai menu yang terdapat disini, anda boleh layari di laman facebook rasmi Baker’s Cottage . - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Seputar Selera Minggu Ini : Coca-Cola Di KFC, 3 Menu myBurgerLab Di Tony Roma’s

2

Selera 2 tahun yang lalu

Seputar Selera Minggu Ini

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia