Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini

Kami kongsikan perkembangan terbaharu aneka jenama makanan di Malaysia.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 1:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar selara minggu ini masih lagi berkonsepkan juadah untuk berbuka puasa sempena bulan Ramadan. Dimulakan dengan suasana berbuka puasa di atas bot di Taman Rekreasi Air Seremban dan bufet Ramadan dari restoran Rasa Lama. Sebagai penutup, kenali juadah pencuci mulut klasik pengat pisang daripada Wancu Kema.

Berbuka puasa atas bot Taman Rekreasi Air Seremban

Cuba anda bayangkan suasana berbuka puasa di atas permukaan air tasik sambil menaiki bot. Ia pasti satu pengalaman yang unik serta lain daripada lain. 

Taman Rekreasi Air Seremban, mempersembahan konsep berbuka puasa ini dengan pelbagai set menu juadah berbuka. 

Lokasinya yang terkenal di sekitar kawasan Seremban ini sudah sedia menerima pengunjung dengan pakej yang mampu memuatkan 50 hingga 60 orang. 

Antara menu yang dihidangkan ialah set nasi hujan panas, nasi asam pedas tetel dan banyak lagi. 

Botnya pula mempunyai pelbagai jenis yang boleh dicuba oleh pengunjung, antaranya ialah bot pedal, water bike double dan banyak lagi . 

Ia dibuka setiap hari dari jam 3.00 petang hingga 9.00 malam (hari biasa) dan 9.00 pagi hingga 11.00 malam( hujung minggu). 

Tambahan pula, kawasan tasik ini bersebelahan dengan masjid yang akan memudahkan untuk terus menunaikan ibadah solat sejurus habis berbuka. 

Harga yang ditawarkan hanya RM19 (kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun) dan RM29 (12 tahun keatas) termasuk menu juadah yang disediakan. 

Anda disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu di talian 011-100 89048 atau layari laman Facebook rasmi mereka.

Buffet Ramdan Rasa Lama

Jika anda ingin berbuka puasa berkonsepkan bufet ala-ala hotel, restoran Rasa Lama menawarkan kepelbagaian judah berbuka yang pasti memuaskan hati anda. 

Terletak di jalan SS 15/7 Subang Jaya, lokasi ini menawarkan 80 jenis hidangan citarasa Asia dan barat dengan harga RM78 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak (Berusia lima hingga 12 tahun). 

Anda juga boleh mendapatkan harga istimewa iaitu RM130 untuk dua orang melalui tempahan awal sahaja. 

Antara aneka juadah yang menjadi perhatian di sini ialah kambing golek yang diperap dan dicicah bersama sos rosemary hasil olahan sendiri pihak restoran.

Selain itu bagi pengunjung yang ingin berbuka puasa dengan nasi berlauk, Rasa Lama menawarkan menu masakan warisan budaya antaranya gulai daging kerisik dan gulai lemak ikan talang masin yang enak dimakan bersama dua jenis nasi iaitu nasi putih dan nasi kuning diraja.

Bagi selera kampung pula, anda boleh mencuba ulam-ulaman bersama 10 jenis sambal antaranya ialah sambal hijau, dan sambil mangga. 

Begitu juga dengan pencuci mulut tradisional, mereka menghidangkan menu seperti santan gula melaka, kuih ketayap, aneka bubur kacang dan banyak lagi. 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari laman sosial mereka di instagram Rasa Lama.

Pengat Pisang Wanchu Kema

Akhir sekali, kepada anda yang ingin berbuka atau mengadakan sesi moreh dengan pencuci mulut klasik, cubalah sajian manisan lazat yang menggunakan buah pisang iaitu pengat pisang daripada Wanchu Kema. 

Manisan ini merupakan resepi turun temurun keluarga pemilik yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. 

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sajian ini adalah pisang, santan, gula melaka, daun pandan dan garam. 

Pisang yang digunakan pula ialah pisang berangan untuk mendapatkan rasa yang lebih manis dan berlemak. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkanya, pengat pisang ini dijual secara tunai atas penghantaran(COD) di sekitar kawasan Selangor dan Lembah Klang dengan harga RM8 sebekas (tidak termasuk kos penghantaran). 

Jika anda berhasrat untuk membuat tempahan seperti majlis hari jadi, perkahwinan dan seumpamanya, pesanan akan diterima untuk pembelian 200 unit ke atas sahaja.

Anda boleh singgah ke laman sosial instagram Pengat Pisang Wanchu Kema untuk melihat dan mendapatkan maklumat lanjut atau boleh hubungi terus ke talian 011-399 53184 (Putra Mokhter). - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kukuhkan Lagi Kerjasama Dengan Thailand - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

4

Selera 1 tahun yang lalu

Seputar Selera Minggu Ini : Coca-Cola Di KFC, 3 Menu myBurgerLab Di Tony Roma’s

Sorotan

1

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

2

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

3

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

4

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

5

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

6

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

7

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN