web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini : Coca-Cola Di KFC, 3 Menu myBurgerLab Di Tony Roma’s

Kami kongsikan perkembangan terbaharu tentang pelbagai aneka jenama makanan di Malaysia termasuk kenaikan harga yang dikenakan restoran Eat & Repeat Shah Alam.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 5:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar selera minggu ini memaparkan tiga menu terbaharu gabungan Tony Roma’s dan myBurgerLab, kenaikan harga yang dikenakan restoran Eat & Repeat Shah Alam serta kerjasama yang terjalin di antara syarikat Coca-Cola Malaysia dengan QSR Brands (M) Holdings Bhd. 

Kerjasama Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd

Baru-baru ini, Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd yang merupakan pemilik dan pengendali francais restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut telah mengumumkan kerjasamanya di Malaysia.

Dengan memiliki lebih 740 cawangan restoran di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh menikmati hidangan KFC atau Pizza Hut bersama produk minuman daripada Coca-Cola Malaysia sama ada dalam bentuk botol atau tin. Antara yang popular adalah Coca-Cola perisa asli, Sprite, Fanta dan teh Heaven and Earth.

Kerjasama ini dilihat  dapat mengukuhkan lagi legasi dan keberadaan produk Coca-Cola dalam industri makanan dan minuman di seluruh negara dan mulai Ogos ini juga , Coca-Cola Malaysia secara rasmi menjadi pembekal minuman untuk KFC dan Pizza Hut.

Semua restoran tersebut kini sedang melalui fasa peralihan dan dijangka proses tersebut akan selesai sepenuhnya menjelang bulan September.

Eat & Repeat Shah Alam

Eat & Repeat Shah Alam merupakan sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai juadah makanan dengan harga serendah RM2.20 untuk setiap hidangan. Bertempat di Seksyen 7 di Shah Alam, harga sajian tersebut seiiring dengan kuantiti hidangan yang menggunakan mangkuk comel. 

Konsep segini dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kebanyakan menu yang disediakan. Antara sajian yang disediakan ialah aneka nasi goreng, aneka masakan mee, lontong, murtabak dan banyak lagi.

Pada awalnya restoran ini hanya menawarkan harga RM1.90 sahaja bagi setiap hidangan dan jumlah tersebut berjaya dikekalkan selama enam tahun sejak pembukaan restorannya pada 2016. 

Namun, baru-baru ini sebuah kenyataan telah dimuat naik menerusi Facebook rasminya berkenaan pengumuman kenaikan harga setiap menu kepada RM2.20.

Ini berikutan dengan kenaikan barang mempengaruhi kos operasi kafe ini dan pihak restoran terpaksa melakukan perubahan harga tersebut pada Julai lepas.

Menu Terbaharu Kolaborasi Tony Roma’s Dan myBurgerLab

Tony Roma’s menjalinkan kerjasama bersama myBurgerLab dengan mengeluarkan tiga menu terbaharu berasaskan burger iaitu Royal Stacked Burger, Chucky Ring Burger dan Loaded Chick Burger. 

Ia menggunakan patti daging gril berjus dan patti ayam yang digoreng rangup bersama aneka sayuran serta didatangkan bersama kentang goreng yang pastinya membuka selera anda. Bagi menu Royal Stacked Burger (RM59.00) dan Chucky Ring Burger (RM45.90) pula, ia menggunakan daging Australia yang berkualiti serta sos istimewa buatan mereka sendiri. 

Manakala untuk Loaded Chick Burger (RM38.90) pula, anda boleh membuat permintaan untuk menggandakan kepingan patti ayam dengan penambahan hanya RM6 sahaja. Jadi anda pasti mencapai nikmat kepuasan semasa menjamu selera. 

Tawaran ini telah bermula dari 4 Ogos hingga 4 September 2022 dan anda boleh menikmatinya di francais Tony Roma’s berdekatan anda. - Getaran, 8 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KFC Menggamit Nostalgia, Netizen Sebak Imbas Memori Di Waktu Kecil

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Belanja Agong KFC, Nanti Boleh Cerita Kat Kawan'

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden