web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Musang King Berendam Menu Istimewa Kampung Chuchuh Puteri

Idea menghasilkan juadah unik itu tercetus hasil inspirasi dari kuih badak berendam.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 12:09PM

Gambar: Bernama/Zulkarnain Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keenakan rasa durian Musang King menyaksikan buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara itu sentiasa mendapat permintaan tinggi setiap tiba musimnya.

Melihat kepada potensi raja buah itu, pembuat kuih tradisional Siti Khazanah Mohd Nordin, tampil mencipta kelainan apabila mula menghasilkan kuih ‘Musang King berendam’ sejak bulan puasa tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama, Siti Khazanah berkata idea menghasilkan juadah unik itu tercetus hasil inspirasi dari kuih badak berendam.

“Jika badak berendam menggunakan inti kacang merah, resipi saya ini dihasilkan menggunakan isi Musang King sebagai intinya.

“Selain bahagian inti, saya turut meletakkan isi durian Musang King dalam kuah juadah ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan.

Bercerita lanjut, wanita berusia 52 tahun itu berkata kuih berkenaan sangat mudah disediakan, tambahan pula bahan-bahan digunakan mudah serta murah untuk diperolehi.

“Proses menghasilkan kuih ini mempunyai tiga peringkat. Langkah pertama isi durian Musang King akan dimasak sehingga kering sebelum dibentukkan bujur atau bulat.

“Langkah kedua tepung pulut dibancuh bersama air dan diuli hingga sebati, seterusnya dimasak menggunakan air panas, kemudian dibentuk menjadi bulat dalam saiz besar,” katanya yang turut mengusahakan kebun durian Musang King seluas 16 hektar.

Menurutnya, proses ketiga diteruskan untuk menyediakan kuah kuih tersebut menggunakan bahan utama iaitu santan, gula melaka dan daun pandan.

“Setelah kuah siap dimasak, cara menghidangnya ialah curahkan kuah yang banyak ke atas tepung dibentuk bulat sebab itulah namanya diberikan Musang King berendam," katanya.

Siti Khazanah berkata kuih ciptaannya itu dijual pada harga RM5 untuk satu bekas yang mempunyai tiga biji Musang King berendam.

“Pada sambutan Ramadan kali ini, saya sudah mula menerima hampir 100 tempahan daripada sekitar Chuchuh Puteri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan